Kejayaan anak-anak kita membaca sebenarnya bergantung juga kepada bahan yang sesuai, kaedah yang tepat, kesungguhan kita dan kesediaan membaca anak-anak pada usia mereka masih kecil.

Kita harus sedar bahawa "Celik huruf bukanlah satu anugerah, tetapi ia adalah hak setiap kanak-kanak" yang harus ditunaikan oleh setiap ibu bapa atau guru.

Wednesday, November 24, 2010

ANAK PELAT

Alahai anak pelat. Bila masuk buku 2 “Bacalah Anakku”, anak mula belajar menyebut bunyi “k” (keh). Memang agak susah untuk anak kecil menyebut bunyi /k/. Selalunya, di usia 3 ½ tahun, kanak-kanak akan dapat menyebut bunyi ini.

Tetapi, masih juga terdapat anak-anak yang berusia 4-5 tahun yang sukar menyebut bunyi /k/ . Apa yang perlu dilakukan??

Jika anak mengeluarkan bunyi /t/ instead of/k/, mungkin kedudukan lidahnya tidak betul. “Kuku jadi TUTU, Kaki jadi TATI”..hasilnya.. “TUTU TATI”.
Untuk mengeluarkan bunyi /k/, lidah sepatutnya jatuh ke bawah bukan menyentuh gusi keras di belakang gigi atas. Bahagian belakang lidah juga akan terangkat dan menghalang angin.


Apa kita boleh lakukan ialah :

1. BARINGKAN anak di lantai sambil menyebut /k/ sebanyak 10 kali. Apabila baring, lidah akan jatuh ke bawah dengan sendirinya dan memudahkan kanak-kanak menyebut /k/ dengan betul.

2. MINUM DENGAN STRAW. Ini akan melatih anak mengangkat bahagian belakang lidah (tounge retraction). Untuk latihan yang lebih berkesan, beri anak menghisap nestum sederhana pekat selain air. Anak yang dapat minum dengan straw sebegini sepatutnya dapat juga meletakkan lidahnya dengan betul untuk menyebut bunyi /k/ (dan juga /g/)

3. MELATIH MENIUP BUIH. Anak juga boleh dilatih meniup buih menggunakan straw besar (5cm).

4. BERKUMUR

5. TEKAN LIDAH anak ke bawah, kepada keddukan lidah untuk menyebut bunyi /k/ atau /g/ menggunakan "tounge depressor" atau "batang aiskrim". Latihan ini MESTI dilakukan oleh Speech Therapist. Ibubapa dan guru tidak dinasihatkan melakukan latihan ini bersendirian.


Kemudian, latih anak :

1. Menyebut bunyi /k/ 10 kali berturut-turut.

2. Sebut sukakata yang bermula dengan /k/.. ka ki ku ke ko.

3. Sebut perkataan-perkataan yang bermula dengan /k/ seperti "kaki". Latih sebut sekurang-kurangnya 20 perkataan.

4. Sebut perkataan yang ada bunyi /k/. seperti "buku".

5. Sebut perkataan yang berakhir dengan /k/ seperti "emak".

6. Sebut ayat yang bermula dengan /k/ seperti "Kasut kawan Kimi".

7. Lakukan dengan kerap.


Sekiranya anak anda mempunyai masalah pertuturan yang ketara, adalah dinasihatkan untuk mendaatkan khidmat speech therapist di hospital-hospital.

1 comments:

Anonymous said...

salam ank sy b'usia 7 thn..ank sy sgt pelat n agak sukar d fhmi apa yg dtuturkan..mslah pelat dia ini mnyebabkn dia ada msalah utk m'eja..boleh bantu sy mcm mne utk mdidik ank sy supaya bleh m'eja dgn baik..

Post a Comment

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama...

Saya mula berminat mendalami proses perkembangan intelek anak, sejak kandungan pertama pada 2006. Dengan membaca buku2 keluaran NURY, memahami cara pengajaran Glenn Doman dan menggunakan kaedah fonik Bacalah Anakku dalam pengajaran dan pendekatan mendidik anak..


-Nurul Huda Nordin-


Blog Widget by LinkWithin

networkedblogs

 

Recommended Product

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

My Blog List

Pendidikan Awal Kanak-Kanak Copyright © 2009 Shopping Bag is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal