Kejayaan anak-anak kita membaca sebenarnya bergantung juga kepada bahan yang sesuai, kaedah yang tepat, kesungguhan kita dan kesediaan membaca anak-anak pada usia mereka masih kecil.

Kita harus sedar bahawa "Celik huruf bukanlah satu anugerah, tetapi ia adalah hak setiap kanak-kanak" yang harus ditunaikan oleh setiap ibu bapa atau guru.

Sunday, November 28, 2010

Kepentingan Zat Kepada Anak-anak

TANDA ANAK TIDAK CUKUP ZAT

Bagi menjamin anak mencapai potensi dengan sepenuhnya, adalah penting bagi ibu bapa memberikan makanan yang sesuai dengan jumlah yang betul di samping menggalakkan mereka bergiat dalam aktiviti fizikal.

Antara yang diperlukan ialah zat besi, zink, kalsium, iodin dan Vitamin A. zat besi boleh diperoleh daripada daging, ikan, hati, kuning telur, bijirin, sayur-sayuran berdaun hijau dan sayur jenis kekacang.

Kekurangan zat besi menyebabkan kurang darah dan memberi kesan terhadap perkembangan mental atau perkembangan saraf motor dan perubahan tingkah laku. Kekurangannya juga boleh membuatkan anak tidak dapat memberi tumpuan, pucat dan lesu.

Gangguan otak, pertumbuhan terencat, disleksia serta daya tahan penyakit terjejas berpunca daripada kekurangan zink. Tanda-tanda anak kekurangan zink dapat dilihat apabila mereka tiada selera, hilang deria rasa dan susah sembuh. Zink boleh diperoleh dengan memberi anak makan daging, kekacang seperti sayur kacang, pis, dal dan kacang tanah.

Jika anak sering mengadu sakit otot, sakit badan dan kekejangan otot atau ibu bapa melihat kuku mereka rapuh, kulit kering dan bersisik, bermakna mereka kekurangan kalsium.

Ia boleh mengakibatkan tulang rapuh, tinggi risiko patah tulang, penyakit riket dan osteoporosis apabila umur meningkat. Bagi mengelakkan gejala ini, ibu bapa digalakkan memberi anak makanan seperti susu, sardin, ikan bilis, sayur berdaun hijau dan produk kacang.

Iodin juga penting untuk tumbesaran kanak-kanak. Ia boleh dibekalkan oleh makanan seperti rumpai laut, makanan laut, telur, daging dan produk tenusu.

Kekurangannya boleh mengakibatkan kerosakan otak, hipotiroid, pertumbuhan kognitif dan perkembangan saraf motor terjejas. Tanda-tanda seperti bengkak di leher dan mata terbonjol mungkin menunjukkan bahawa anak kekurangan sumber zat ini.

Vitamin A pula penting untuk kesihatan mata anak. Kekurangannya boleh mengakibatkan penglihatan terjejas teruk, buta dan meningkatkan risiko diserang penyakit teruk.

Mungkin membawa kepada masalah rabun waktu malam. Hati, limau dan sayur-sayuran serta sayur berdaun hijau tua adalah pembekal Vitamin A.

Sungguhpun demikian, Dr Tee mengingatkan ibu bapa supaya tidak lekas panik dan memaksa anak mengambil pelbagai makanan berkhasiat sehingga terlebih makan. Jika anak makan terlampau banyak dan kurang bersenam, bimbang mereka akan menjadi gemuk atau obes.

"Selain obes, kita juga tidak mahu kanak-kanak ini mendapat nutrien berlebihan yang berpunca daripada terlebih ambil mikronutrien. Misalnya anak mendapat nutrien yang berlebihan daripada jumlah vitamin larut lemak A, D, E dan K. Biasanya ia berpunca sama ada daripada makanan atau suplemen makanan".

Ini boleh memudaratkan kerana vitamin terlarut lemak boleh terkumpul pada tisu-tisu lemak dan mengakibatkan toksik berlebihan dalam badan.

Menurutnya, bagi mengelakkan keadaan ini, berilah makanan yang seimbang kepada anak. Kaedah ini dapat membekalkan semua jenis vitamin dan mineral yang diperlukan mereka mengikut kombinasi dan jumlah yang betul.


-- BERNAMA
Read rest of entry

Khasiat Tiram Untuk Anak Hiperaktif

Khasiat Tiram Utk Anak Hiperaktif


Adakah anda mempunyai anak yang hiperaktif atau tidak tahu duduk diam?
Mungkin tabiat anak anda itu boleh anda atasi jika anda tahu akan puncanya.
Tidak semua anak dilahirkan hiperaktif kerana ada sebahagiannya menjadi
begitu kerana beberapa faktor seperti sumber makanan dan alam persekitaran.
Ikuiti cerita di bawah, mungkin anda akan juga boeh mendapat manfaatnya.

Waktu kecilnya ibu dan ayah Asraf tidak pernah mengesan bahawa Asraf ada
masalah. Mereka mengganggap Asraf anak biasa sungguhpun lambat menjulur,
lambat berjalan, tidak pernah merangkak dan hingga sekarang, ada
masa-masanya dia menulis terbalik, bercakap terbalik kadang-kadang nampak
leka dengan diri sendiri.

Apabila Ainon, ibunya menyebut anaknya lambat bercakap, neneknya sentiasa
menyahut "tak usah susahlah, ayahnya pun dulu lambat bercakap, budak-budak
ada yang cepat! , ada yang lambat." Masalah Asraf hanya ketara waktu dia
mula bersekolah. Di dalam kelas, Asraf sentiasa berjalan ke sini dan berjalan
ke sana. Asraf tidak boleh duduk diam dan dengan itu sering dihukum oleh
guru-gurunya. Di rumah pula Asraf suka mengusik adik-adiknya. Di akhir
tahun satu di sekolah Asraf menunjukkan prestasi yang amat rendah.

Ibu dan ayahnya membawa Asraf berjumpa dengan pelbagai doktor, pakar dan
bomoh tetapi keadaannya makin sehari makin teruk. Setiap hari di sekolah,
Asraf dihukum oleh gurunya seperti berdiri di atas bangku dan kadang-kadang
dikurung dalam bilik kerana sering menganggu kawan-kawan.

Satu hari secara kebetulan ayahnya membeli kerang tiram. Ibunya merebus
tiram tersebut dan Asraf serta adik-adiknya berebut-rebut memakannya.
Selepas hampir satu jam, perangai Asraf agak luarbiasa. Ibunya terkejut,
kerana Asraf boleh duduk menonton dari mula hingga akhir. Pada petang itu,
Asraf mengambil beg sekolah dan membuka bukunya satu persatu.

Ibu bertanya ayahnya "apa yang ada di dalam kerang yang menyebabkan
kelakuan Asraf berubah?" Mereka perlu mencari jawapannya.

Hari esoknya si Ayah membeli tiram lagi, Demikian juga selepas makan tiram
Asraf lebih tenteram, tidak terlalu agresif dan tidak lagi mengeluarkan
perkataan-perkataan yang tidak elok.

Secara kebetulan juga ibu dan ayah Asraf menerima risalah tentang Kursus
NURY dari seorang kawan sepejabat. Di Nury, ibu dan ayahnya mendapat
jawapan kepada persoalan mereka.

Masalah Asraf jelas sekali ialah masalah kekurangan ZINK lebih-lebih lagi
dia amat suka makanan-makanan yang terlalu mengandungi gula seperti gula
pasir, coklat, aiskrim, gula-gula dan kuih. Di dalam biliknya, ayah Asraf
menemui satu beg plastik yang mengandungi bungkusan gula-gula.
Makanan-makanan seperti ini mengurangkan zink dan menyebabkan tekanan atau
stres dan berperangai hiperaktif : tidak boleh duduk diam.

Alahan ini menyebabkan Asraf mengalami dyslexia di mana dia tidak boleh
melihat tepat dan mendengar dengan tepat. Itulah sebabnya Asraf membaca
terbalik, menulis terbalik dan bercakap terbalik. Keadaan seperti ini
menyebabkan Asraf sering dalam keadaan stres. Keadaan tekanan ini lebih
teruk apabila orang lain dalam persekitaran hidupnya tidak memahami
keadaanya.

Tiram mengandungi banyak zink. Setiap 100 mg mengandungi 14.3 mg zink jika
di banding dnegan daging merah yang mengandungi 6.4 mg zink sahaja dalam
setiap 100 mg daging merah. Itulah sebabnya setiap kali Asraf makan tiram,
dia lebih tenteram, tidak menjerit-jerit dan boleh memberi tumpuan.

Di Nury, ibu dan ayahnya dinasihatkan setiap hari mengurangkan jumlah gula,
coklat, gula-gula, kuih-muih dan minuman yang bergula sehinga Asraf berhenti
sama sekali makanan dan minuman bahan-bahan ini.

Ibu dan ayanhyan juga dinasihatkan supaya memberi Asraf vitamin dan galian
tambahan termasuk zink. Keadaan Asraf beransur berubah. Sekarang Asraf
berumur 12 tahun dan baru sahaja masuk ke sekolah menengah. Asraf merupakan
murid yang telah boleh mengikuti ajaran guru-gurunya. Di rumah juga Asraf
adalah abang kepada adik-adiknya. Demikianlah cerita Asraf : dengan izin
Allah tiram telah memberi cahaja semula kepada hidupnya. Alhamdulillah
Read rest of entry

Wednesday, November 24, 2010

ANAK PELAT

Alahai anak pelat. Bila masuk buku 2 “Bacalah Anakku”, anak mula belajar menyebut bunyi “k” (keh). Memang agak susah untuk anak kecil menyebut bunyi /k/. Selalunya, di usia 3 ½ tahun, kanak-kanak akan dapat menyebut bunyi ini.

Tetapi, masih juga terdapat anak-anak yang berusia 4-5 tahun yang sukar menyebut bunyi /k/ . Apa yang perlu dilakukan??

Jika anak mengeluarkan bunyi /t/ instead of/k/, mungkin kedudukan lidahnya tidak betul. “Kuku jadi TUTU, Kaki jadi TATI”..hasilnya.. “TUTU TATI”.
Untuk mengeluarkan bunyi /k/, lidah sepatutnya jatuh ke bawah bukan menyentuh gusi keras di belakang gigi atas. Bahagian belakang lidah juga akan terangkat dan menghalang angin.


Apa kita boleh lakukan ialah :

1. BARINGKAN anak di lantai sambil menyebut /k/ sebanyak 10 kali. Apabila baring, lidah akan jatuh ke bawah dengan sendirinya dan memudahkan kanak-kanak menyebut /k/ dengan betul.

2. MINUM DENGAN STRAW. Ini akan melatih anak mengangkat bahagian belakang lidah (tounge retraction). Untuk latihan yang lebih berkesan, beri anak menghisap nestum sederhana pekat selain air. Anak yang dapat minum dengan straw sebegini sepatutnya dapat juga meletakkan lidahnya dengan betul untuk menyebut bunyi /k/ (dan juga /g/)

3. MELATIH MENIUP BUIH. Anak juga boleh dilatih meniup buih menggunakan straw besar (5cm).

4. BERKUMUR

5. TEKAN LIDAH anak ke bawah, kepada keddukan lidah untuk menyebut bunyi /k/ atau /g/ menggunakan "tounge depressor" atau "batang aiskrim". Latihan ini MESTI dilakukan oleh Speech Therapist. Ibubapa dan guru tidak dinasihatkan melakukan latihan ini bersendirian.


Kemudian, latih anak :

1. Menyebut bunyi /k/ 10 kali berturut-turut.

2. Sebut sukakata yang bermula dengan /k/.. ka ki ku ke ko.

3. Sebut perkataan-perkataan yang bermula dengan /k/ seperti "kaki". Latih sebut sekurang-kurangnya 20 perkataan.

4. Sebut perkataan yang ada bunyi /k/. seperti "buku".

5. Sebut perkataan yang berakhir dengan /k/ seperti "emak".

6. Sebut ayat yang bermula dengan /k/ seperti "Kasut kawan Kimi".

7. Lakukan dengan kerap.


Sekiranya anak anda mempunyai masalah pertuturan yang ketara, adalah dinasihatkan untuk mendaatkan khidmat speech therapist di hospital-hospital.
Read rest of entry

Pencapaian 2010-anak 4 tahun

video

Anak yang didedahkan dengan penggunaan Kaedah Fonetik menggunakan Buku Bacalah Anakku mampu membaca dan mengeja dengan lancar dan fasih seawal umur 3-4 tahun. Anda mampu melakukannya dengan sedikit usaha dan pengorbanan untuk kejayaan anak-anak di masa depan. Dapat membaca pada usia awal dapat mendedahkan anak-anak dengan bahan bacaan dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat daripada sekadar bermain dengan alat permainan yang kurang berfaedah.

Dedahkan anak-anak dengan minat membaca pada usia muda agar bertambah ilmu di dada. Bawalah anak-anak mengunjngi perpustakaan dan kedai-kedai buku sekerap yang mungkin.

Berikan anak-anak hak mereka.. yang menjadi tanggungjawab dan kewajipan setiap ibubapa.
Read rest of entry

Monday, November 8, 2010

Penghantaran Percuma

Penghantaran percuma untuk setiap pembelian buku2 belajar kanak2 melebihi RM100.

Terima kasih.
Read rest of entry
Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama...

Saya mula berminat mendalami proses perkembangan intelek anak, sejak kandungan pertama pada 2006. Dengan membaca buku2 keluaran NURY, memahami cara pengajaran Glenn Doman dan menggunakan kaedah fonik Bacalah Anakku dalam pengajaran dan pendekatan mendidik anak..


-Nurul Huda Nordin-


Blog Widget by LinkWithin

networkedblogs

 

Recommended Product

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

My Blog List

Pendidikan Awal Kanak-Kanak Copyright © 2009 Shopping Bag is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal