Kejayaan anak-anak kita membaca sebenarnya bergantung juga kepada bahan yang sesuai, kaedah yang tepat, kesungguhan kita dan kesediaan membaca anak-anak pada usia mereka masih kecil.

Kita harus sedar bahawa "Celik huruf bukanlah satu anugerah, tetapi ia adalah hak setiap kanak-kanak" yang harus ditunaikan oleh setiap ibu bapa atau guru.

Wednesday, June 16, 2010

Si cilik pintar, terang hati

Si cilik pintar, terang hati

Oleh Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my
2010/06/15

KUALA LUMPUR: Pertuturannya mungkin kurang sempurna, namun Darwisya Adriana Rozali yang baru berusia tiga tahun lapan bulan sudah mampu menghafaz 30 surah pendek dalam al-Quran.

BIJAK...Darwisya Adriana (kiri) mengajar  Darwish Adrian mengaji.
BIJAK...Darwisya Adriana (kiri) mengajar Darwish Adrian mengaji.
Malah, si comel itu juga adakala mengajar adiknya, Darwish Adrian, 2, mengaji manakala Darwish Adrian sendiri sudah boleh menghafaz surah al-Waqiah walaupun hanya mampu membaca pada hujung ayat.

Menurut ibu dua beradik ini, Mazlina Ramli, lewat 30-an, ketika berusia dua tahun lapan bulan, Darwisya Adriana sudah menghafaz lapan surah pendek dan pada usia tiga tahun dua bulan, dia sudah boleh menghafaz 30 surah pendek.

Kata Mazlina, kelahiran Darwisya tiada beza dengan bayi lain, malah dia sendiri tidak mengalami sebarang alahan atau tanda pelik. Anak sulungnya itu sendiri lambat berjalan dan bertutur.

“Namun, sejak usia enam bulan, saya sudah mendedahkannya ayat al-Quran menerusi cakera padat video (VCD) surah al-Furqan,” katanya yang menetap di Shah Alam, Selangor.

Mazlina yang menjalankan perniagaan sendiri berkata, setiap pagi anaknya diperdengarkan bacaan al-Quran terlebih dulu sebelum mereka mula menonton televisyen.

Pada waktu malam, dia mengambil masa 30 minit sehingga satu jam untuk mengajar anaknya mengaji mengikut kaedah Iqra’.

Baginya, tiada rahsia besar di sebalik keupayaan anak-anaknya itu kerana semua ibu boleh memiliki anak seperti Darwisya Adriana asalkan ia disertai teknik pembelajaran tepat.

“Asalnya saya mahu menghantar anak saya mengaji al-Quran di tempat yang menyediakan perkhidmatan itu, namun tiada seorang pun yang sanggup mengajar Darwisya Adriana yang ketika itu baru berusia setahun.

“Justeru, saya mula mencari kaedah sesuai mengajar anak bermula daripada lahir sehingga usia tiga tahun,” katanya.

Mazlina menggunakan set buku dan VCD Al-Furqan bermula sejak bayi sehingga kedua-dua anaknya mengenal huruf dan boleh membaca.

Selepas set berkenaan habis dibaca, dia menyambung kepada buku Iqra’ jilid satu hingga enam dan untuk hafazan, dia menggunakan kaedah Al-Huffaz iaitu buku hafazan untuk satu juzuk dalam satu set.

“Untuk membiasakan dengan sebutan yang betul dan tajwid sempurna, saya selalu memperdengarkan pada mereka bacaan al-Quran daripada VCD pada setiap pagi dan Maghrib.

“Dia sendiri akan tahu bacaannya salah kerana selalu mendengarnya daripada VCD,” katanya.

Kemampuan Darwisya Adriana turut diuji Akademi Darul Huffaz yang terletak di Kajang serta mendapat sijil hafazan 30 surah terakhir daripada akademi terbabit.

“Tentunya ini satu pencapaian yang amat membanggakan saya. Saya berharap anak saya dapat khatam al-Quran sebelum usianya mencecah empat tahun,” katanya.

Mazlina juga amat mementingkan pemakanan untuk anak-anaknya kerana makanan yang terjamin halal wajib untuk penghafaz al-Quran.

Antara makanan yang biasa diberikan untuk anaknya ialah kacang badam, kismis, kurma, madu, habbatus sauda, buah zaitun dan air yang dibaca dengan surah Taha.


Read rest of entry

Tuesday, June 8, 2010

PENGHANTARAN PERCUMA

PROMOSI :

PEMBELIAN SETIAP BUKU DENGAN PENGHANTARAN PERCUMA.

Pembelian melebihi Rm100, akan menerima kad doa secara PERCUMA.


Terima kasih.
Read rest of entry

Friday, April 16, 2010

SKIPPING baik untuk Pembangunan Fizikal & Intelek Anak


Skipping - Permainan Meningkatkan Pembangunan Fizikal dan Intelek Anak.

Lompat tali atau skipping ialah satu permainan, sekiranya diberi peluang adalah satu permainan yang sangat digemari oleh kanak-kanak. Dahulu, sebelum adanya permainan video, lompat tali adalah sat permainan yang dimainkan oleh anak-anak kita. Sekarang anak lebih mudah ke komputer atau permainan komputer dan ibu ayah pula takut anak-anak cedera kerana melompat dengan kawan-kawan.

Permainan skipping atau lompat tali adalah satu permainan yang sangat baik untuk pembangunan anak-anak. Permainan ini hendaklah digalakkan kepada semua anak, tidak mengira umurnya. Malah anak-anak yang berusia tiga hingga empat tahun juga berkemampuan untuk membuat dan patut mula diajar skipping. Mengapa NURY berkata skipping penting sehingga kita hendak memulakan sejak usia tiga hingga empat tahun lagi? Apa pula kaitanynya dengan pembangunan anak itu?

Ada banyak perkara yang menunjukkan skipping itu adalah satu aktiviti yang sangat baik bagi meningkatkan pembangunan fizikal dan intelek anak kita. Di antaranya ialah :

  1. Meningkatkan kemampuan anak mengimbangkan badannya.
  2. Meningkatkan prestasi koordinasi di antara mata, kaki, tangan dan badan (fungsi intermodal).
  3. Meningkatkan stamina dan sistem pernafasan
  4. Meningkatkan kesihatan dan kekuatan badan dan kemampuan sistem imuniti
  5. Memperkukuhkan Pembangunan otak korteks tertinggi yang bertanggungjawab terhadap kemampuan tertinggi manusia seperti membaca, menulis, bergimnastik, berenang, aktiviti intelek dan apa sahaja.

Serebelum atau otak kecil ialah bahagian otak yang bertanggungjawab ke atas imbangan badan, kedudukan dan pergerakan badan. Otak membangun apabila ia digunakan. Ia membangun mengikut konsep fungsi menetukan strukturnya (Functions Determine Structures). Lebih banyak digunakan, lebih meningkat fungsinya. Maka lebih banyak ia dibangunkan, lebih meningkat strukturnya.

Lompatan dan gerak geri skipping akan meningkatkan pembangunan otak kecil ini. Lebih sukar dan mencabar aktiviti dibuat, lagi meningkatkan pembangunan otak kecil ini. Ini bermakna, skipping boleh meningkatkan kemampuan mengimbangkan badan, mengawal kedudukan dan pergerakan badan. Kemampuan-kemampuan ini adalah perlu untuk membolehkan anak mempunyai pergerakan fizikal yang kemas dan halus.

Skipping juga boleh meningkatkan kebolehan anda melakukan gerak geri "inter modal". Apababila aktiviti skipping dilakukan, gerakan yang dilakukan oleh anak ialah kakinya melompat, tangannya memusing, matanya mengagak jarak, dan badan merasakan kedudukannya dengan tali. Kesemua gerakan ini berlaku secara serentak dan saling sefahaman. Inilah yang dikatakan gerak geri inter modal. Kalau tidak, anak tidak akan dapat melompat tali itu kerana tiada persefahaman.

Skipping juga boleh meningkatkan pertuturan kanak-kanak. Apabila anak melompat, otot-otot mulut yang mengawal pergerakan mulut untuk bertutur, akan turut dirangsang untuk meningkatkan kemampuannya. Skipping juga membina kemampuan anak meningkatkan rentak irama (rhythm) yang mana kemampuan rentak irama itu penting untuk semua gerak geri halus seperti lukisan dan cara berjalan yang cantik.

Semua manfaat ini dapat diperolehi dengan cara meminatkan anak itu terhadap skipping dan membantu anak itu sehingga boleh membuat skipping denan baiknya. Sekiranya anak itu bermasalah, dia kemungkinan besar akan menghadapi masalah untuk membuat skipping dengan betul.

Bagaimana Cara-caranya Mengajar Anak Melakukan Skipping?

Asas imbangan yang baik dan gerak geri anak perlu dibina dahulu dengan melakukan PHD (Primary Human Development), iaitu dari peringkat awal anak diberi menjulur dan merangkak dan seterusnya dia akan berjalan dan berlari.

Anak juga didedahkan kepada program vestibular iaitu program timang, timang atas-bawah dan timangan pusingan. Dengan program timang, kita akan membantu otak kecil ini membangun dan berfungsi dengan sebaik-baiknya kerana otak kecil mengawal gerak geri halus, imbangan tepat dan juga anak bertutur dengan baik, jelas dan tepat.

Menggalakkan anak kepada skipping dengan menunjukkan kepadanya bahawan ia adalah satu aktiviti yang mudah dilakukan dan menggembirakan. Galakkan seluruh keluarga melakukannya supaya sekiranya ibu dan ayah boleh melakukannya, tentu ia akan menarik minat anak untuk mencubanya. Seluruh keluarga akan mendapat manfaat daripada aktiviti ini. Jika ada anak kecil yang masih belum boleh melakukan aktiviti skipping tetapi dia sudah mula melihat sejak dia kecil lagi, dan dilakukan dengan perasaan gembira, anak itu nanti akan dapat memahami skipping sebagai perkara biasa dilakukan dan satu situasi yang menggembirakan.

Selain daripada mengeluarkan peluh untuk sihat, meningkatkan pembangunan otak kecil, ia juga boleh menambahkan ilmu. Anak boleh diajar nama tali, alat pemegang, tali diperbuat daripada apa, apakah tujuan aktiviti, dari mana asalnya permainan ini dan sebagainya.




Read rest of entry

Sunday, January 31, 2010

STORMREADERS NETWORK SDN.BHD.

Read rest of entry

Saturday, December 12, 2009

Jangan Biarkan Anak Terlalu Bersih

Jangan Biarkan Anak Terlalu Bersih


Apa reaksi umum orang tua jika melihat anaknya bermain pasir atau lumpur hingga mengotori wajah, tangan, pakaian, atau bahkan seluruh tubuhnya? Panik, marah, atau cenderung membiarkan saja?

Menurut para peneliti, biarkan saja anak bermain kotor-kotoran. Bahkan, anak-anak sesekali harus kotor kerana jika terlalu bersih, kemampuan kulit anak untuk menyembuhkan diri sendiri justeru terganggu atau rosak.

Hasil penelitian team peneliti School of Medicine di University of California, AS, seperti diberitakan Nature Medicine, Isnin (23/11), menyebutkan, bakteria bernama Staphylococci yang hidup di kulit membentuk semacam jaringan yang mencegah peradangan ketika kita terluka.

Bakteria itu juga mengurangi reaksi ketahanan tubuh yang berlebihan. Para pakar medik mengatakan, penemuan team peneliti itu memberikan penjelasan ke atas ”hipotesis kesihatan” yang menyebutkan jika tubuh dibiasakan menghadapi kuman sejak usia dini, maka kemungkinan besar tubuh akan menciptakan jaringan pelindung dari berbagai macam alergi.

Selama ini ada pandangan bahawa obsesi masyarakat pada kebersihan sebenarnya mulai muncul ketika alergi merebak di negara-negara berkembang. ”Penemuan ini bisa membantu kita untuk menemukan pendekatan yang baru untuk menangani penyakit-penyakit kulit yang menular,” kata pemimpin team peneliti Richard Gallo.

Juru bicara untuk lembaga Allergy UK mengatakan, semakin banyak bukti yang menunjukkan bahwa tubuh sebenarnya akan menjadi lebih kebal jika kerap terekspos dengan kuman.


sumber: email

Read rest of entry

Thursday, December 3, 2009

Alia Dah Boleh Membaca...!


Percubaan ALia membaca ketika berumur 3 tahun 8 bulan..
Well done, sayang..!! Keep trying.. don't give up.

Percubaan Alia Membaca
Uploaded by mysoulkids. - Videos of family and friends from around the world.


Syukur Alhamdulillah...
Satu kepuasan rasanya melihat Alia dah boleh membaca. berbaloi segala usaha dan pelaburan selama ini. Impian yang dah tersimpan selama 4 tahun sudah, akhirnya termakbul jua.

Alhamdulillah..
Ibu telah tunaikan hak Alia. Tugas ibu sekarang.. adalah membimbing Alia supaya menjadi hamba Allah yang solehah. semoga dipermudahkan Allah dan terlaksana niat ini. InsyaAllah..









Read rest of entry

Diapers Import

IMPORTED DIAPERS @ PAHANG


Ciri-ciri :
~ clothlike(mcm mamypoko)
~ magic tape (zip zap)




Stocks available :

Maman wb
NB80 - rm 34
S80 - rm 35
M80 - rm 36
L80 - rm 38
XL60 - rm 35
XL80 - rm 42


Europe A (upon request)
NB56 - rm 30
S48 - rm 28
M56 - rm 38
L50 - rm 38
XL44 - rm 38


Europe B - RM 39
NB100 - rm 39
S90 - rm 39
M80 - rm 39
L70 - rm 39
XL60 - rm 39
XXL50 - rm 39


Pureen
S80 - rm 32
M80 - rm 33
L80 - rm 37
XL80 - rm 40


Pants Europe (upon request)
L40
XL37
XXL34


Adults (upon request)
M10 - rm 15.00 (pembelian 10 beg = rm 13.50 sebeg)
L10 - rm 16.00 (pembelian 10 beg = rm 14.50 sebeg)


Sanitary Pad (upon request)
Pantyliner Maman (Normal) - 30pcs (RM 3.50)
Pantyliner (Herba) - 30pcs (RM 5.00)
Pad wing - 10pcs (RM 3.00)
Pad Herba - 10pcs(RM 4.00)
Pad wing 20pcs - (RM 5.00)
Panty liner (Europe gred A) - 30pcs (RM 3.50)
Pad overnight (europe gred A) - RM 4.00
**beli 10pek diskaun rm1 sepek (JIMAT RM 10)





remarks:
- stok terhad. so,"early booking" adalah digalakkan.
- pembelian 3 beg akan m'dapat diskaun RM 1 sebeg (campur saiz & jenis).
- pembelian 5 beg akan m'dapat diskaun RM 2 sebeg (campur saiz & jenis).
- "FREE DELIVERY" untuk pmbelian min. 5 beg (limited area..)
- Penghantaran percuma juga dilakukan untuk kaw. luar spt (BENTONG-RAUB-JERANTUT) dgn p'belian min 5 beg.



lokasi:
* Perkampungan Indera Sempurna, Jln Kuantan-Pekan
* Ambank Triang
* Taman Jati, Bera
call: NURUL (016-696 5295)
ym : nhuda_kl
email : ummibijak@yahoo.com


Dealers:
* Kuala Lipis --> Eza (012-963 9063)
* Tanjung Lumpur --> Ita (013-742 8301)
* Pekan --> Elly (017-967 3769 / 019-905 8672)



http://mysoul-diapers.blogspot.com/
Read rest of entry

Wednesday, December 2, 2009

Memahami Kanak-kanak

Setiap dari kita harus memahami kanak-kanak supaya kita dapat menyatuni mereka dengan lebih tenang dan sesuai dengan fitrah.

Berikut adalah senarai yang dapat saya kumpulkan.

1. Perkembangan kanak-kanak mengikut corak yang boleh dijangka. Corak perkembangan yang sama iaitu dari satu tahap ke satu tahap yang lain iaitu kanak-kanak akan berdiri sebelum berjalan.

2. Kadar kemampuan,kecekapan dan kecepatan perkembangan setiap tahap adalah berbeza walaupun kanak-kanak berada pada tahap yang sama.

3. Kanak-kanak juga berkembang lebih cepat dalam bidang tertentu daripada bidang lain. Sebagai individu mereka juga mepunyai minat, keperluan dan motivasi yang berbeza.

4. Kanak-kanak belajar dengan cara tersusun iaitu dari senang kepada susah dan daripada umum kepada khusus. Mereka minat,ingin tahu dan bersemangat mempelajari dan meneroka perkara baru. Mereka juga tidak takut pada kegagalan dan sering belajar dari kesilapan.

5. Kanak-kanak memerlukan kemahiran sebenar iaitu belajar berinteraksi bermula dengan benda-benda konkrit sebelum kepada yang abstrak.

6. Kanak-kanak belajar melalui bermain secara fitrah kurniaan Allah SWT dan melalui bermain mereka boleh meneroka melalui 5 deria (melihat, mendengar, merasa, menyentuh dan menghidu) yang menjadi lebuhraya ke otak

7. Kanak-kanak sangat suka kepada cerita dan nyanyian terutama yang berkaitan dengan binatang. Cerita dan nyanyian dapat memberi pelbagai mesej berguna kepada kanak-kanak.

8. Mereka sangat bertenaga dan suka bergerak. Oleh itu mereka mempunyai tumpuan yang singkat. Cara pengajaran dan pengajaran mestilah menggunakan bahan dan kaedah mesti menarik. Mereka juga suka kepada warna-warna yang terang.

9. Kanak-kanak suka kepada pujian dan pengukuhan melalui ganjaran. Ini membantu membina keyakinan diri mereka.

10. Perkembangan bahasa mereka masih terhad. Kadang-kadang mereka gagal menyatakan keperluan dan kehendak mereka dengan jelas. Ini membuatkan mereka kecewa dan buat perangai. Cubalah fahami keperluan dan kehendak mereka dan selalulah bercakap dengan mereka untuk meningkatkan perkembangan bahasa.

11. Kanak-kanak suka meniru dan menjadikan orang dewasa disekeliling mereka sebagai role-model.

12. Kanak-kanak juga belajar melalui pengulangan. Jadi untuk menerapkan sesuatu kita perlu mengulang beberapa kali.

13. Kanak-kanak suka meminta kepastian terhadap apa yag mereka ingin lakukan. Sentiasa galakkan mereka membuat pilihan sendiri dan nyatakan sokongan kita.

14. Kanak-kanak suka bergaul dan berinteraksi dengan rakan sebaya. Beri peluang kepada mereka dan elakkan daripada terlalu mengongkong.

15. Kanak-kanak agak egosentrik atau suka mementingkan diri terutama yang berumur dua tahun. Fahamilah dan bantulah mereka untuk belajar berkongsi dan memahami orang lain secara perlahan.

16. Kanak-kanak sangat dekat dengan alam ciptaan Allah. Latihlah mereka memelihara dan menghargai alam sekitar.

17. Kanak-kanak membesar secara natural dalam persekitaran yang sihat, kondusif dan penuh kasih sayang. Ibu bapa harus menjadi pemudahcara dalam meningkatkan perkembangan mereka secara menyeluruh.

Memahami kanak-kanak juga membantu semua ibu bapa dan guru untuk menyediakan persekitaran, memberi rangsangan, motivasi dan pengalaman pembelajaran yang optimum.

Sekian. Wallahua'lam.
--
"Sayangi dan dekatilah anak-anak kita"
Read rest of entry
Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama...

Saya mula berminat mendalami proses perkembangan intelek anak, sejak kandungan pertama pada 2006. Dengan membaca buku2 keluaran NURY, memahami cara pengajaran Glenn Doman dan menggunakan kaedah fonik Bacalah Anakku dalam pengajaran dan pendekatan mendidik anak..


-Nurul Huda Nordin-


Blog Widget by LinkWithin

networkedblogs

 

Recommended Product

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

My Blog List

Pendidikan Awal Kanak-Kanak Copyright © 2009 Shopping Bag is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal