Si Kecilku...Chak segmen 1. JENIS-JENIS DISLEKSIA
Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu :
1. Disleksia visual (penglihatan)o Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik.
2. Disleksia auditori (pendengaran) o Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh dislaksia auditori.
3. Disleksia visual-auditori o Kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio
Read rest of entry
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak
seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana
semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang
tandus.
Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada
makanan cukup untuk kamu". Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya
rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini
ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa
banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi
Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah
kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas,
dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji,
dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu.
Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut:
"Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah". Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".
Itulah Iman Semut!!
IMAN MANUSIA...
Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati.
Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat. Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir.
Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".
Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tanganTuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.
Kata Saidina Ali kepada Kamil:
" ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN"
Read rest of entry
1. Kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan, baginda akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasulullah s.a.w akan menghisap garam itu. Kemudian, baru Rasulullah makan makanan tersebut.
Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari tangan kiri. Ini adalah kerana enzim yang ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.
Mengapa Menghisap Garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yang diperlukan oleh badan kita.
Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dengan satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah, maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yang paling berkhasiat untuk kita.
Kenapa Garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan. Mengikut doktor di hospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin mengganggu manusia.
2. Cara Rasulullah Mengunyah Rasululah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk memboarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproses makanan itu.
3. Membaca Basmalah Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah SWT, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.
CARA RASULULLAH MINUM- Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.
- Jangan kita minum dari bekas yang besar & jangan kita bernafas semasa kita sedang minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yang besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan Carbon Dioxide (CO2) yang apabila bercampur dengan air (H2O), ia akan menjadi H2CO3 iaitu sama dengan cuka. dan menyebabkan air itu menjadi acidic.
- jangan meniup air yang panas, sebab sama seperti di atas.
- cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.
Read rest of entry
Erti Kasih Sayang Bagi Seorang Anak
Saya pernah bertanya kepada anak-anak saya apa ertinya kasih sayang dan jawapan yang mereka beri ialah:
- "Kasih sayang ialah bila kita melakukan aktiviti bersama-sama." ~ Siraj (sewaktu berusia 7 tahun)
- "Kasih sayang ialah apabila dua orang dewasa berkahwin, mempunyai anak dan hidup bahagia selamanya." ~ (Syarif (10 tahun)
- "Bila kita kasih dan sayang kepada seseorang, kita mengambil berat tentang dirinya dan berkongsi apa jua dengannya." (Safi, 12 tahun)
- "Saya merasa diri saya disayangi apabila Ayah atau Ummi memeluk atau memuji saya." ~ Alia (sewaktu usianya 15 tahun)
Jelas di sini, kanak-kanak mengaitkan kasih sayang dengan PERBUATAN. Lebih-lebih lagi untuk anak kecil, mereka tidak tahu bagaimana caranya untuk menjelaskan erti ungkapan ini secara lisan, tetapi mereka tahu apakah itu kasih sayang. Bagi kanak-kanak, kasih sayang ialah apa yang dialami dan dirasainya.
Apa yang anak anda mahu lakukan dengan anda? Menanam pokok bawang untuk projek Sainsnya? Atau membaca sebuah buku cerita lucu dan kemudian pecah ketawa bersama-sama? Atau membuat dinosaur kertas mengikut model yang terdapat dalam buku origami yang baru dibeli? Atau mungkin membuat kentang putar untuk hidangan malam ini?
Beri peluang untuk anak anda memilih aktiviti yang ingin dilakukannya bersama anda. Jika anda tidak boleh melakukannya serta-merta, tetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk anda dan juga untuk dirinya. Perkara-perkara kecil yang anda lakukan bersama akan meninggalkan kesan mendalam di hati dan perasaan anda berdua.
Read rest of entry
Adalah lazim bagi ibubapa lebih berminat mempelajari cara-cara untuk mengajar anak membaca, membuat matematik, menghafaz surah, melukis dsb. Namun, yang lebih penting adalah mengetahui cara-cara meningkatkan jemtera-jentera yang diperlukan untuk anak belajar.
" Seseorang anak boleh membaca kerana matanya boleh ditembungkan ke jarak yang dekat. Jika ia juling atau boleh melihat yang jauh, anak itu tidak boleh membaca buku yang biasanya diletak atau dipegang sejauh 16 inci atau 40 cm.
Anak kecil akan susah berjalan jika ia tidak pandai mengimbangkan badannya. Kemampuan mengimbangkan badan bergamtung kepada kesempurnaan sekumpulan jentera otak yang dikawal oleh serebellumnya.
SEREBELLUM itu hanya dapat ditingkatkan jika anak sering bergerak atau ditimang. Anak yang telentang akan merencatkan proses pembesaran otaknya kerana posisi terlentang menekan bahagian belakang kepalanya.
Di antara prasarana yang amat penting adalah keadan emosi anak. Anak yang mudah rasa ceria, ketawa, gembira lebih mudah dididik dari anak yang sering merajuk, takut, muram atau mudah menangis. "
Read rest of entry
Assalamualaikum..
Untuk makluman semua, penghantaran percuma masih diteruskan sehingga di beritahu kelak. Begitu juga untuk penduduk Sabah dan Sarawak*.
* harga jualan tertakluk kepada harga jualan di sabah dan sarawak.
Sekian, terima kasih.
Read rest of entry
Berikutan permintaan yang menggalakkan..
2nd batch offer dibuka bagi setiap pembelian buku2 keluaran READNETWORK dgn penghantaran secara percuma.
Sila submit order dan full payment as booking by this week. Dan delivery akan dilakukan by next week..setelah tawaran ditutup.
TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA..
"pendidikan anak-anak adalah keutamaan kita"
Read rest of entry
PENGHANTARAN PERCUMA UNTUK PEMBELIAN BUKU PADA BULAN DISEMBER 2010. Perlu pre-booking terlebih dahulu dengan pembayaran penuh. Stok akan sampai pada pertengahan bulan. Sesiapa yg berminat, sila tinggalkan pesanan melalui sms @ 016- 696 5295 atau email @
ummibijak@yahoo.com ataupun pm di Facebook.
Terima kasih..
Read rest of entry
Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama...
Saya mula berminat mendalami proses perkembangan intelek anak, sejak kandungan pertama pada 2006. Dengan membaca buku2 keluaran NURY, memahami cara pengajaran Glenn Doman dan menggunakan kaedah fonik Bacalah Anakku dalam pengajaran dan pendekatan mendidik anak..
-Nurul Huda Nordin-