Kejayaan anak-anak kita membaca sebenarnya bergantung juga kepada bahan yang sesuai, kaedah yang tepat, kesungguhan kita dan kesediaan membaca anak-anak pada usia mereka masih kecil.

Kita harus sedar bahawa "Celik huruf bukanlah satu anugerah, tetapi ia adalah hak setiap kanak-kanak" yang harus ditunaikan oleh setiap ibu bapa atau guru.

Monday, February 7, 2011

KEMAMPUAN ANAK BERGANTUNG KPD KESEMPURNAAN JENTERA OTAKNYA

Adalah lazim bagi ibubapa lebih berminat mempelajari cara-cara untuk mengajar anak membaca, membuat matematik, menghafaz surah, melukis dsb. Namun, yang lebih penting adalah mengetahui cara-cara meningkatkan jemtera-jentera yang diperlukan untuk anak belajar.

" Seseorang anak boleh membaca kerana matanya boleh ditembungkan ke jarak yang dekat. Jika ia juling atau boleh melihat yang jauh, anak itu tidak boleh membaca buku yang biasanya diletak atau dipegang sejauh 16 inci atau 40 cm.

Anak kecil akan susah berjalan jika ia tidak pandai mengimbangkan badannya. Kemampuan mengimbangkan badan bergamtung kepada kesempurnaan sekumpulan jentera otak yang dikawal oleh serebellumnya.

SEREBELLUM itu hanya dapat ditingkatkan jika anak sering bergerak atau ditimang. Anak yang telentang akan merencatkan proses pembesaran otaknya kerana posisi terlentang menekan bahagian belakang kepalanya.

Di antara prasarana yang amat penting adalah keadan emosi anak. Anak yang mudah rasa ceria, ketawa, gembira lebih mudah dididik dari anak yang sering merajuk, takut, muram atau mudah menangis. "



Read rest of entry
Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama...

Saya mula berminat mendalami proses perkembangan intelek anak, sejak kandungan pertama pada 2006. Dengan membaca buku2 keluaran NURY, memahami cara pengajaran Glenn Doman dan menggunakan kaedah fonik Bacalah Anakku dalam pengajaran dan pendekatan mendidik anak..


-Nurul Huda Nordin-


Blog Widget by LinkWithin

networkedblogs

 

Recommended Product

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

My Blog List

Pendidikan Awal Kanak-Kanak Copyright © 2009 Shopping Bag is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal