Kejayaan anak-anak kita membaca sebenarnya bergantung juga kepada bahan yang sesuai, kaedah yang tepat, kesungguhan kita dan kesediaan membaca anak-anak pada usia mereka masih kecil.

Kita harus sedar bahawa "Celik huruf bukanlah satu anugerah, tetapi ia adalah hak setiap kanak-kanak" yang harus ditunaikan oleh setiap ibu bapa atau guru.

Sunday, November 28, 2010

Kepentingan Zat Kepada Anak-anak

TANDA ANAK TIDAK CUKUP ZAT

Bagi menjamin anak mencapai potensi dengan sepenuhnya, adalah penting bagi ibu bapa memberikan makanan yang sesuai dengan jumlah yang betul di samping menggalakkan mereka bergiat dalam aktiviti fizikal.

Antara yang diperlukan ialah zat besi, zink, kalsium, iodin dan Vitamin A. zat besi boleh diperoleh daripada daging, ikan, hati, kuning telur, bijirin, sayur-sayuran berdaun hijau dan sayur jenis kekacang.

Kekurangan zat besi menyebabkan kurang darah dan memberi kesan terhadap perkembangan mental atau perkembangan saraf motor dan perubahan tingkah laku. Kekurangannya juga boleh membuatkan anak tidak dapat memberi tumpuan, pucat dan lesu.

Gangguan otak, pertumbuhan terencat, disleksia serta daya tahan penyakit terjejas berpunca daripada kekurangan zink. Tanda-tanda anak kekurangan zink dapat dilihat apabila mereka tiada selera, hilang deria rasa dan susah sembuh. Zink boleh diperoleh dengan memberi anak makan daging, kekacang seperti sayur kacang, pis, dal dan kacang tanah.

Jika anak sering mengadu sakit otot, sakit badan dan kekejangan otot atau ibu bapa melihat kuku mereka rapuh, kulit kering dan bersisik, bermakna mereka kekurangan kalsium.

Ia boleh mengakibatkan tulang rapuh, tinggi risiko patah tulang, penyakit riket dan osteoporosis apabila umur meningkat. Bagi mengelakkan gejala ini, ibu bapa digalakkan memberi anak makanan seperti susu, sardin, ikan bilis, sayur berdaun hijau dan produk kacang.

Iodin juga penting untuk tumbesaran kanak-kanak. Ia boleh dibekalkan oleh makanan seperti rumpai laut, makanan laut, telur, daging dan produk tenusu.

Kekurangannya boleh mengakibatkan kerosakan otak, hipotiroid, pertumbuhan kognitif dan perkembangan saraf motor terjejas. Tanda-tanda seperti bengkak di leher dan mata terbonjol mungkin menunjukkan bahawa anak kekurangan sumber zat ini.

Vitamin A pula penting untuk kesihatan mata anak. Kekurangannya boleh mengakibatkan penglihatan terjejas teruk, buta dan meningkatkan risiko diserang penyakit teruk.

Mungkin membawa kepada masalah rabun waktu malam. Hati, limau dan sayur-sayuran serta sayur berdaun hijau tua adalah pembekal Vitamin A.

Sungguhpun demikian, Dr Tee mengingatkan ibu bapa supaya tidak lekas panik dan memaksa anak mengambil pelbagai makanan berkhasiat sehingga terlebih makan. Jika anak makan terlampau banyak dan kurang bersenam, bimbang mereka akan menjadi gemuk atau obes.

"Selain obes, kita juga tidak mahu kanak-kanak ini mendapat nutrien berlebihan yang berpunca daripada terlebih ambil mikronutrien. Misalnya anak mendapat nutrien yang berlebihan daripada jumlah vitamin larut lemak A, D, E dan K. Biasanya ia berpunca sama ada daripada makanan atau suplemen makanan".

Ini boleh memudaratkan kerana vitamin terlarut lemak boleh terkumpul pada tisu-tisu lemak dan mengakibatkan toksik berlebihan dalam badan.

Menurutnya, bagi mengelakkan keadaan ini, berilah makanan yang seimbang kepada anak. Kaedah ini dapat membekalkan semua jenis vitamin dan mineral yang diperlukan mereka mengikut kombinasi dan jumlah yang betul.


-- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama...

Saya mula berminat mendalami proses perkembangan intelek anak, sejak kandungan pertama pada 2006. Dengan membaca buku2 keluaran NURY, memahami cara pengajaran Glenn Doman dan menggunakan kaedah fonik Bacalah Anakku dalam pengajaran dan pendekatan mendidik anak..


-Nurul Huda Nordin-


Blog Widget by LinkWithin

networkedblogs

 

Recommended Product

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

My Blog List

Pendidikan Awal Kanak-Kanak Copyright © 2009 Shopping Bag is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal