Kejayaan anak-anak kita membaca sebenarnya bergantung juga kepada bahan yang sesuai, kaedah yang tepat, kesungguhan kita dan kesediaan membaca anak-anak pada usia mereka masih kecil.

Kita harus sedar bahawa "Celik huruf bukanlah satu anugerah, tetapi ia adalah hak setiap kanak-kanak" yang harus ditunaikan oleh setiap ibu bapa atau guru.

Wednesday, July 8, 2009

Anak Pintar


Anak pintar ...perlu dirangsang mengikut minat



ANAK-anak dikurniakan Tuhan dengan kebolehan yang pelbagai. Mungkin daripada seorang anak ke seorang anak yang lain mempunyai kepintaran serta kecerdasan yang berbeza.

Ibu memainkan peranan penting untuk memerhati dan menggalakkan anak mengembangkan kepintaran mereka ke arah yang lebih berjaya.

Kecerdasan umumnya boleh dibahagikan kepada tujuh aspek iaitu:- pintar bahasa, pintar ruang, pintar pergerakan, pintar logik angka, pintar pergaulan, pintar pendengaran dan pintar diri.

Keupayaan ibu bapa mengesan dan seterusnya merangsang kecerdasan tersebut memberi kelebihan kepada setiap anak yang dibesarkan.

Bekas Metron Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Surinah Sangari yang berpengalaman dalam bidang keibubapaan dan pendidikan anak-anak, sewaktu ditemui di Subang Jaya menjelaskan, ibu yang merupakan pendidik sejati perlu mendedahkan kemahiran dalam pembelajaran kepada setiap anak seawal yang mungkin.

Beliau yang sering dijemput oleh LPPKN untuk memberikan ceramah berhubung dengan kekeluargaan menyatakan, kebijaksanaan ibu mengesan kebolehan anak amat diperlukan agar galakan pada peringkat awal dapat diberikan.

Sebagai panduan Surinah turut menghuraikan tentang tujuh kecerdasan atau kepintaran anak:



  • Pintar bahasa - boleh dikesan daripada bakat anak berhujah, mengeluarkan perkataan yang bernas dan jika diasah mampu melahirkan seorang pelakon, peguam atau novelis.
  • Pintar logik angka - mereka yang bijak dalam matematik dan berkebolehan dalam bidang-bidang yang berhubung dengannya boleh diasuh sehingga melahirkan anak-anak sebagai akauntan, pengaturcara komputer dan saintis.

Kadangkala ibu dapat mengesan dua bakat dalam diri anak. Kedua-dua kebolehan ini boleh diimbangkan.

Beliau memberi contoh, jika pintar matematik, sebaliknya anak tersebut dikesan berbakat dalam sukan. Keduanya patut digalakkan kerana boleh diseimbangkan.

"Sebenarnya bermain juga memerlukan daya intelek, '' katanya.

  • Pintar pendengaran - cuba perhatikan anak anda adakah dia boleh mengulang kaji pelajaran sambil mendengar radio? Ada yang boleh melakukannya kerana muzik merangsang minda mereka.
Jika ada yang terangsang dengan muzik seperti berupaya menggerakkan tubuh mengikut rentak. Cuba perhatikan kebolehan mereka, jika mempunyai minat terhadap muzik elok dihantar ke sekolah muzik
  • Pintar ruang - boleh dilihat apabila anak boleh mengecam dengan baik, cekap membaca peta dan melukis perlu dijuruskan kepada bidangnya seperti animasi, jurubina, hiasan dalaman dan pengembara.
Semua ini memerlukan rangsangan daripada keluarga agar kebolehan yang ditunjukkan boleh dimanfaatkan apabila mereka besar kelak.

Mendidik anak masa kini memang berbeza. Anak-anak sekarang lebih cerdik dan patut ke arah menghidupkan kebolehan dan bakat semula jadi yang dimiliki.

  • Pintar diri- anak-anak yang suka bersendiri, suka berfikir, gemar membaca dan menyelidik. Anak-anak yang begini berkemungkinan menjadi penyajak yang baik, ahli psikologi atau ahli falsafah.
  • Pintar pergaulan- anak-anak yang gemar dengan aktiviti sosial, sering mengambil bahagian dalam kegiatan sekolah dan dapat menyesuaikan diri dengan orang ramai. Jika bakatnya dapat dididik dengan baik mereka berpotensi menjadi ahli politik, kaunselor atau jurujual.
  • Pintar pergerakan- anak-anak yang mampu melakukan sesuatu dengan pantas dan mempunyai sikap teliti sesuai menjadi seorang pakar bedah, juruukur dan penari yang berjaya.

Kadangkala apabila dipaksa dalam sesuatu bidang dia boleh menjayakannya tetapi apabila dewasa lebih memilih bidang-bidang yang digemari.

Beliau memberi contoh, doktor atau jurubina berbakat dalam menyanyi dan sanggup meninggalkan profesion masing-masing untuk menjadi seorang penyanyi

Ujarnya lagi, "persekitaran juga membantu menumbuhkan minat anak-anak. Itulah sebabnya kita dapat melihat dalam satu keluarga peguam atau doktor ramai anak-anaknya turut menjadi doktor atau peguam.

Kadangkala cita-cita ibu bapa berjaya diterapkan ke dalam diri anak, ini suatu yang murni. Tetapi mereka harus ingat anak-anak juga ada pilihan dan minat yang tersendiri.

"Faktor persekitaran juga mempengaruhi pembentukan anak, oleh itu ibu bapa mestilah mempunyai sedikit penapisan umpamanya menonton televisyen bersama anak agar jika ada adegan yang tidak begitu sesuai dapat diperjelaskan kepada anak,'' jelasnya.

Sebagai ibu bapa, anak-anak perlu diutamakan. Sediakan keperluan mereka secukupnya dan pastikan mereka mendapat belaian kasih sayang.

Selain ibu, bapa juga harus memainkan peranan penting membantu ibu merangsang perkembangan anak dan permasalahan anak perlu ditangani bersama.

"Rapatkan diri dengan anak, luahkan perasaan kepada mereka agar mereka juga belajar meluahkan perasaan kepada ibu bapanya. Carilah peluang untuk menyatakan kasih sayang kepada anak-anak,'' kata Surinah lagi.

Jika lambat pulang ibu bapa patut menghubungi mereka di rumah.

Sekiranya berjanji tunaikan janji agar kepercayaan mereka kepada ibu bapa tidak pudar.

"Ingatlah anak-anak adalah amanah Allah dan kita perlu meninggalkan zuriat yang kuat. Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa agar melahirkan anak yang mempunyai matlamat dalam hidup,'' terang Surinah.



Read rest of entry

Didik Anak Ikut Usia


Ketika otak sedang berkembang inilah masa paling sesuai untuk mendidik dan mengasuh anak-anak dengan perkara-perkara yang baik serta merangsang kebolehannya dengan pesat.

Menurut bekas Metron Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Surinah Sangari, yang masih aktif memberikan ceramah berhubung dengan ibu dan anak, yang ditemui baru-baru ini di Subang Jaya, kesempatan tersebut elok diambil oleh ibu dan ayah untuk membantu anak mengasuh kebolehan mentalnya melalui pendidikan bahasa kerana dalam usia ini mereka cepat dapat.

"Dalam hubungan ini, bukan pula bermakna perkembangan mental selepas itu terbantut dan terhenti kerana proses ini berlaku seumur hidup seseorang insan. Sebagai contoh banyak orang berusia berjaya melanjutkan pelajaran dengan cemerlang,'' katanya.

Tidak dinafikan ada anak-anak yang ketika kecil memang cerdas tetapi apabila besar kecerdasan mereka merosot. Ini berlaku kerana kurang ransangan di sekolah atau di rumah.

Anak berada di sekolah cuma lima jam selebihnya di rumah. Ibu bapa perlu menerapkan pelbagai bentuk pendidikan umpamanya pendidikan sosial, disiplin, mengenal sesuatu dan sebagainya.

Beliau turut menekankan tentang betapa ibu bapa patut meninggalkan budaya yang negatif agar tidak mempengaruhi anak kerana mereka turut mempelajari sesuatu daripada apa yang dilakukan oleh orang dewasa.

"Ibu bapa adalah contoh terbaik anak-anak, oleh itu kita perlu bertingkah laku seperti yang kita hendak anak-anak lakukan.

"Dalam usia ini sesuai diterapkan dengan disiplin dan peradaban yang baik, jangan sampai anak memecahkan barang orang pun dibiarkan. Perangai begini akan terbawa-bawa hingga dewasa,'' tegas Surinah.

Sebenarnya asuhan disiplin hendaklah diberikan bermula dari anak masih kecil lagi. Antaranya kebiasaan kebanyakan ibu apabila bayi menangis terus saja diangkat tanpa mencari punca tangisannya menyebabkan anak merasa begitu mudah memancing ibunya. Perlakuan ini samalah juga dengan memberi apa saja yang dimahukan dalam hidup.

Sebaiknya kalau anak menangis cari sebab mengapa dia menangis adakah kerana lapar, basah, digigit nyamuk atau kurang sihat.

Alihkan perhatiannya agar tidak menangis seperti berikan permainan yang diminati.

Beliau menjelaskan, peringkat usia dua tahun dipanggil 'peringkat negatif' kerana anak menganggap dirinya cerdik dan mahu melakukan sesuatu untuk menguji diri serta kebolehannya. Pada peringkat ini juga mereka seolah-olah mahu mengetahui sejauh mana ibu bapa boleh bertoleransi dengan kerenahnya.

Beliau memberi contoh, jika membawa anak-anak ke kedai yang ada menjual permainan sesetengah anak-anak akan menangis dan bergolek di lantai jika kehendak mereka tidak dipenuhi.

Bagi mengelakkan malu atau anak terus meragam, ada ibu bapa terpaksa membelikan apa yang diminta.

Tindakan ini kurang tepat, sebaliknya gunakan kebijaksanaan untuk menerangkan kepada anak mengapa permainan ini tidak boleh dibeli dan cari alternatif lain bagi mengatasi masalah. Sebaiknya elakkan membawa anak ke sana lagi.

Pada peringkat tersebut anak-anak sudah pandai berkawan dengan rakan-rakan sebaya yang lain. Satu perkara yang perlu dipelajari oleh mereka adalah berkongsi permainan. Sebaiknya belikan permainan yang boleh dikongsi bersama kawan.

Selain bergaul mereka juga belajar melalui bermain, satu perkara yang boleh dikongsi bersama ialah belajar menunggu giliran.

Ibu bapa dahulu sering mengasingkan anak kiranya tetamu datang berkunjung atas alasan menganggu tetamu. Perbuatan ini tidak menggalakan aktiviti sosiolnya.

Sebaliknya libatkan anak duduk bersama ketika ibu melayan tetamu agar dia belajar disiplin, bagaimana bergaul dan bercakap dengan betul.

Satu lagi cara menggalakan mereka bersosial dengan membawa anak ke rumah kenalan atau keluarga bagi membiasakan mereka bergaul.

Semua ini amat mempengaruhi kehidupan hingga mereka besar kelak. Jika tidak dibiasakan sejak kecil, anak menjadi tidak selesa bergaul dengan saudara mara.

Implikasinya dapat dilihat ada anak yang tidak berminat untuk mengunjungi rumah datuk neneknya.

Satu lagi caranya libatkan anak dengan aktiviti sihat seperti sering menyertai pertandingan bercerita atau aktiviti fizikal agar berpeluang belajar berinteraksi dengan orang lain.

Latihan di meja makan juga penting agar anak memahami bagaimana bertertib ketika makan.

Sebagai ibu bapa seharusnya peka dengan pelbagai gejala kurang sihat seperti penganiayaan seks di kalangan anak-anak yang masih kecil.

Di kala anak sedang meningkat besar elok diterapkan pendidikan bagaimana mengawal keselamatan diri.

Ajar mereka tentang mengenal niat buruk orang yang tidak dikenali. Katakan kepadanya bukan semua orang boleh dianggap seperti ibu atau bapa.

Terangkan juga tentang keselamatan seksual, anak perempuan jangan ditinggalkan dengan sebarang orang. Jika perlu ditinggalkan pilihlah yang benar-benar boleh dipercayai.

Keadaan ibu bapa yang bekerja memaksa mereka menghantar anak ke taska kerana ketiadaan pembantu rumah. Sebaiknya pilihlah yang bertauliah.

Di sini bukan saja tempat meninggalkan anak tetapi pengasuh bertugas berperanan menggantikan tugas ibu (walaupun tugas ini tiada pengganti) mendidik kebiasaan yang baik kepada anak.

Bagi memenuhi peranan ini pilihlah yang memberikan didikan moral dan agama sesuai dengan perkembangan usia anak-anak.

Read rest of entry

Kesilapan Ibubapa


KESILAPAN IBUBAPA

Oleh Khadijah Mohd. Nor

Tidak menjawab persoalan anak-anak, meninggi suara dan menengking tidak membantu mengembangkan minda anak-anak.

IBU BAPA tidak seharusnya membezakan anak mereka dengan orang lain.

APABILA anak mencecah usia setahun dan ke atas, waktu itu merupakan fasa tumbesaran yang amat penting dan perlu diawasi dengan baik.

Pada usia beginilah, mereka mula mempunyai keinginan untuk meneroka perkara-perkara baru dalam kehidupan. Malah, tempoh ini juga dianggap sebagai cabaran untuk ibu bapa menjalankan tanggungjawab mendidik anak-anak.

Menurut Perunding Psikologi Kanak-Kanak, Dr. Goh Chee Leong, kebanyakan ibu bapa pasti berasa bimbang jika perkembangan mental anak mereka tidak seperti yang diharapkan atau tidak sama seperti anak orang lain. Tetapi, sebenarnya mereka tidak perlu risau kerana setiap anak mempunyai kelebihan masing-masing.

"Biasanya setiap kanak-kanak akan melalui proses perkembangan minda dan fizikal secara semula jadi. Ada di antara mereka yang cepat tumbuh gigi tetapi lambat bercakap, ada pula yang cepat bercakap tapi lambat berjalan dan begitulah sebaliknya.

"Kebimbangan ibu bapa tentang kepantasan anak-anak belajar ada benarnya. Namun, jangan sampai ia menjadi sebab anda memaksa sehingga memberi tekanan kepada mereka mempelajari sesuatu contohnya bercakap, membaca dan mengajar anak ke tandas.

"Harus diingat setiap kanak-kanak akan melalui proses pembelajaran sendiri dan mereka memerlukan waktu untuk memahaminya. Justeru sebagai ibu bapa, jangan sesekali cuba menyekat kreativiti atau kelakuan anak-anak selagi ia tidak membahayakan mereka," kata Dr. Goh ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.


KANAK-KANAK ingin meneroka perkara-perkara baru dalam kehidupan.

Apa yang penting kata Goh, ibu bapa tidak seharusnya membezakan anak mereka dengan orang lain yang mungkin lebih terdahulu dalam segala hal berkaitan perkembangan minda mereka.

Jika hal ini berlaku, ia secara tidak langsung menjejaskan emosi anak-anak dan membuatkan mereka rasa rendah diri. "Ibu bapa harus belajar memahami bagaimana pembesaran anak-anak secara berperingkat.

"Dalam hal ini, setiap ibu bapa perlu banyak bersabar dalam mendidik anak mereka. Pendekatan secara lembut dan berhemah penting dalam proses mendidik anak-anak yang berusia satu hingga lima tahun. Ini kerana pada peringkat inilah mereka belajar daripada pemerhatian terutama apa yang dilakukan oleh ibubapa sendiri."


SEDIAKAN bahan permainan yang boleh dan mampu membantu mereka membina kecerdasan otak.


Apakah langkah paling ideal dalam mendidik anak-anak pada peringkat awal usia? Goh berkata, ibu bapa perlu menyediakan suasana pembelajaran yang sihat untuk anak-anak mereka.

"Sebagai contoh, di rumah ibu bapa boleh mencipta satu ruang untuk anak-anak bermain sambil meneroka sesuatu yang baru dalam kehidupan mereka. Dedahkan mereka untuk menerima pengetahuan dengan menyediakan bahan permainan yang boleh dan mampu membantu mereka membina kecerdasan otak.

Di samping itu, pensyarah dari Kolej Universiti HELP ini menegaskan, antara kesilapan yang sering dilakukan ibu bapa ialah tidak menjawab setiap persoalan yang dilontarkan oleh anak-anak yang masih kecil.

Perkara ini sekali gus akan menyekat perkembangan minda mereka kerana jawapan yang diminta tidak diberikan.

"Pada usia sebegini, anak-anak perlu diberi jawapan pada setiap pertanyaan. Untuk itu, ibu bapa harus menyediakan diri dengan ilmu-ilmu berkaitan dan jangan sesekali mengelak dan menukar topik jika tidak mampu menjawabnya."

Goh menekankan bahawa jika anak-anak melakukan sesuatu kesalahan, ibu bapa mempunyai hak untuk memarahi mereka tetapi dengan cara tersendiri dan bukan menengking atau meninggikan suara.

"Memarahi anak-anak bukan satu kesalahan, sebaliknya salah satu cara untuk mendidik mereka mengenai perkara yang tidak seharusnya dilakukan. Bagaimanapun, menengking bukan jalan penyelesaiannya tetapi kemarahan itu hendaklah disalurkan dengan cara yang betul dan mampu memberi kesan pada si anak," tutur Goh

Read rest of entry

Cedera Otak


Positif Tangani Anak Cedera Otak
Oleh: Noor Fazrina Kamal

APABILA anak-anak terlebih aktif, tidak menangis apabila jatuh dari tempat tinggi, kurang kepekaan merasa atau lambat respons terhadap sesuatu perkara yang menggemparkan, anda perlu berhati-hati! Terdapat kemungkinan anak anda mengalami kecederaan otak.

Masyarakat yang menyaksikan senario tersebut pula besar kemungkinan melabelkan anak anda sebagai cacat akal, hiperaktif, lembam, menghidapi penyakit cerebral palsy, autisme, epilepsi atau mungkin juga Down Sindrom. Ibu bapa pula yang tidak mempunyai ilmu perubatan secukupnya mungkin hanya akan membiarkan keadaan tersebut dan menganggapnya sebagai takdir semata-mata.

Bergantung pada apakah kecederaan otak yang dihadapi, anak-anak pastinya akan berhadapan dengan masalah tertentu seperti pergerakan lambat, masalah penglihatan, pendengaran, pertuturan, pembelajaran atau mungkin juga gabungan antara semua masalah tersebut.

Lebih teruk jika anak tersebut mengalami masalah lain seperti alahan, masalah penghadaman serta masalah kesihatan lain yang boleh menjurus kepada taraf kesihatannya secara keseluruhan.

Dan jika anda membiarkan sahaja perkara tersebut, ia akan menjadi lebih teruk. Padahal kecederaan otak tersebut sebenarnya boleh dirawat hingga anak menjadi normal kembali.

Pakar Terapi Fizikal Institutes for The Achievement of Human Potential (IAHP), Glenn Doman berkata, otak adalah organ utama yang menentukan kelancaran pergerakan seluruh badan.

"Terdapat lima deria yang boleh ditafsir oleh otak iaitu penglihatan, pendengaran, merasa, perasaan dan bau. Manusia mempelajari sesuatu menerusi lima deria ini," jelas beliau.

Doman berkata, terdapat ribuan cara untuk merangsang otak melalui lima pancaindera tersebut.

"Apabila salah satu fungsi otak dapat dipertingkat, maka fungsi lain juga boleh dipertingkat ke tahap tertentu. Perlu diingat, otak semakin berkembang apabila digunakan dan dirangsang," kata penulis buku What To Do About Your Brain-Injured Child ini.

Doman berkata, ramai orang beranggapan bahawa tahap keupayaan otak adalah sama sejak dilahirkan hingga besar.

Tanggapan tersebut tidak benar sama sekali kerana otak sebenarnya boleh berkembang apabila kita menggunakan cara rangsangan yang betul, bergantung kepada tahap kecederaannya.

Beliau juga percaya bahawa disebabkan pembangunan neurologi kanak-kanak yang mengalami kecederaan otak boleh dipercepat, perkara yang sama boleh dilakukan kepada kanak-kanak yang sihat.

"Apabila kecederaan berlaku, ia sebenarnya berlaku di dalam otak. Merawati simptom otak tersebut tidak memberi harapan semata-mata tetapi harus diingat, kanak-kanak yang mengalami kecederaan otak bukanlah tidak mempunyai harapan untuk menjadi normal, cuma perhatian dan cara rawatan perlulah berterusan dan teknik yang betul," jelasnya.

Menurut Doman, rawatan dan terapi pada anak-anak yang mengalami kecederaan otak dilakukan pada pelbagai frasa seperti pergerakan, kepintaran, komunikasi, cara pergaulan, pemakanan, perubatan dan pembedahan jika perlu.

"Ibu bapa yang mempunyai anak yang mengalami simptom yang disebutkan di atas perlu tahu bahawa beribu-ribu kanak-kanak di seluruh dunia yang pernah mengalami kecederaan otak kini dalam proses untuk menjadi normal dan ramai juga yang telah berjaya dalam rawatan mereka.

Setiap ibu bapa harus mengambil langkah proaktif untuk memberi harapan kepada anak yang mengalami kecederaan otak untuk menempuhi kehidupan normal seperti kanak-kanak lain," tambahnya.

Pesan Doman, sebagai ibu bapa yang mempunyai anak yang mengalami kecederaan otak, perlu mempunyai sikap-sikap seperti di bawah :-

  • Jangan ada istilah 'tiada harapan' dalam diri.
  • Masa adalah 'musuh' pada kanak-kanak yang mengalami kecederaan otak, lebih cepat mendapat rawatan, lebih cerah harapan untuk menjadi normal.
  • Jangan biarkan anak anda menjadi mangsa rawatan alternatif yang anda sendiri tidak pasti keberkesanannya.
  • Beri penerangan pada ahli keluarga lain mengapa rawatan perlu pada anak anda.
  • Yakin pada potensi yang ada pada anak, hanya anda yang mengetahui tentang diri anak anda sepenuhnya.
  • Anak anda itu sebenarnya lagi tabah daripada yang anda fikirkan.
  • Anak itulah yang paling berani dalam ahli keluarga anda.
  • Anak anda berhak untuk mendapatkan yang terbaik dan andalah yang perlu mencarinya untuk mereka.
  • Akhir sekali, ibu bapa jangan sekali-kali mengaku kalah.
Read rest of entry

Sindrom Lambat Membaca (DISLEKSIA)


Mengajar anak membaca di awal usia dapat membantu ibubapa mengenalpasti/mengesan masalah anak lebih awal dan sekaligus dapat mencari penyelesaian dengan cepat.

Kesihatan Anak: Sindrom lambat membaca
Oleh Nurul Nadia Mohd Kamaruzaman


Disleksia disebabkan oleh kerosakan pada kebolehan otak untuk menterjemahkan imej tulisan kepada kefahaman


BIASANYA kanak-kanak yang berumur tujuh tahun ke atas sudah tahu mengenal huruf, mengeja, membaca dan menulis. Bagaimana pula bagi mereka yang masih tidak mampu melakukan semua itu?

Sesetengah ibu bapa mungkin menganggap anak mereka yang mengalami masalah berkenaan lembap dan malas tanpa berusaha mengenal pasti punca masalah itu berlaku.

Kanak-kanak yang berumur lima tahun ke atas yang masih tidak mampu mengeja dan menulis mungkin disebabkan oleh sejenis sindrom yang dipanggil disleksia. Sindrom lambat membaca ini bukan satu penyakit berbahaya, tetapi kesannya boleh menyebabkan kanak-kanak ketinggalan dalam pembelajaran.

Disleksia disebabkan oleh kerosakan pada kebolehan otak untuk menterjemahkan imej tulisan kepada kefahaman. Ia juga dipanggil sebagai sindrom "lambat baca" di kalangan kanak-kanak.

Kanak-kanak disleksia adalah normal dari segi fizikal, pemikiran dan cara percakapan tetapi yang membezakan mereka daripada kanak-kanak lain ialah kesukaran membentuk satu kefahaman bagi sesuatu huruf serta menyebutnya.

Rawatan bagi sindrom ini adalah dengan menyertai pelbagai jenis program pembelajaran bagi membentuk minat mereka untuk membaca dan menulis. Sokongan padu amat penting bagi kanak-kanak terbabit.

Presiden Persatuan Kanak-Kanak Disleksia Wilayah Persekutuan, Sariah Amirin, berkata sindrom disleksia agak sukar dikenal pasti kerana ia tidak seperti sindrom atau penyakit lain.

"Jika kanak-kanak mula menunjukkan kelewatan bercakap dengan fasih, lambat mengenal pasti huruf serta menyanyi, mereka mungkin berisiko mengalami disleksia.

"Apabila mereka mula memasuki alam persekolahan keadaan itu akan kelihatan lebih ketara termasuk ketidakupayaan mengenal huruf, membaca, memahami, cepat lupa serta menterbalikkan huruf.

"Kanak-kanak ini juga membaca dari kanan ke kiri, tidak dapat membezakan persamaan perkataan dan kesukaran untuk menyebut ayat yang dieja," katanya.

Disleksia juga boleh diklasifikasikan sebagai kelewatan pembelajaran dari segi umur daripada yang sepatutnya. Kebanyakan kanak-kanak yang berumur enam tahun sudah mampu untuk belajar membaca, tetapi bagi kanak-kanak disleksia, mereka tidak dapat memahami asas pembacaan walaupun sudah mencapai Tahun Satu.

"Tiada ujian tunggal yang dilakukan untuk mengenal pasti disleksia. Penilaian diagnosis yang dilakukan adalah berkaitan dengan perubatan, proses mengenal (kognitif), pengolahan pancaindera dan sejarah perubatan keluarga.

"Rawatan dari segi psikologi juga patut diberikan kepada kanak-kanak ini. Ini boleh menentukan bahawa mereka mengalami masalah sosiol atau tidak. Sifat bimbang atau tekanan yang dihadapi akibat kesukaran penerimaan pembelajaran boleh merencatkan kebolehan mereka," katanya.

Komplikasi yang dihidapi oleh kanak-kanak disleksia ini mampu menjejaskan mata pelajaran lain seperti matematik. Selain itu disebabkan membaca adalah perkara asas dalam keseluruhan pembelajaran, kanak-kanak ini akan menghadapi masalah untuk meneruskannya ke peringkat paling tinggi.

Sariah berkata, rawatan pemulihan bagi kanak-kanak ini adalah melalui program pengajaran yang bersesuaian.

Katanya, pengajar perlu menggunakan teknik mendengar, melihat dan sentuhan untuk membantu meningkatkan kemahiran pembacaan mereka.

"Anda boleh membantu dengan cara membacakan buku kepada mereka bagi membantu mereka menyebut sesuatu huruf itu dengan baik.

"Bagi mereka yang tidak boleh membaca, sesi pengajaran mesti dilakukan dalam jumlah kumpulan yang kecil setiap minggu. Selain itu, sokongan keluarga adalah peluang paling besar bagi menyembuhkan disleksia katanya.

Beliau berkata, ibu bapa perlu banyak meluangkan masa bercakap dengan mereka dan memberi semangat kepada mereka yang mengalami sindrom disleksia.

Jangan sekali-kali bandingkan mereka dengan kanak-kanak normal lain. Ini mampu menjatuhkan maruah serta semangat mereka," katanya.


FAKTA: Disleksia

Disleksia adalah sejenis sindrom lambat membaca

Kanak-kanak berusia lima tahun boleh dikenal pasti sama ada menghidap disleksia atau tidak.

Kanak-kanak ini adalah normal seperti kanak-kanak lain, malah mereka juga dikatakan lebih bijak dalam berfikir.

Masalah utama penghidap disleksia ialah ketinggalan dalam pelajaran.

Cara pembelajaran yang sesuai dan menarik mampu merawat permasalahan disleksia ini.

Read rest of entry

Kanak-kanak Kerap Bertanya


Punca Kanak-kanak Kerap Bertanya

Kesihatan Anak: Perlu maklumat, perkembangan minda punca kanak-kanak kerap bertanya.

ANDA mungkin pernah berhadapan dengan situasi anak yang bertanya tanpa henti. Daripada satu soalan, dia akan bertanya soalan lain pula. Contoh, ibu kenapa mesti mandi? Kalau tak mandi jadi apa? Kenapa kucing tak mandi? Ibu mandi tak? Kadangkala, anda mungkin tergamam dengan pelbagai soalan yang diajukan anak anda itu.


Mengapa kanak-kanak bertanya banyak soalan?

Kanak-kanak dalam dunia dewasa seperti orang dewasa berada di negara asing. Mereka perlukan maklumat setiap hari, kadangkala pertanyaan itu sebenarnya menunjukkan mereka keliru. Soalan yang konsisten menunjukkan tahap perkembangan mindanya. Selalunya soalan yang ditanya selari dengan usia.

Pada usia dua tahun, kanak-kanak biasanya akan bertanya ayah, itu apa?. Jawapan anda akan menambahkan tata bahasanya.

Pada usia tiga tahun, otaknya sudah berkembang. Dia boleh bertanya mengapa?. Misalnya, mengapa malam mesti gelap? Sedaya upaya sebagai ibu bapa, anda jawab soalan itu kerana jawapan anda akan membantu dia memahami apa yang dilihatnya.

Kanak-kanak empat tahun ke atas selalunya akan menyedari ada dunia di luar pengalamannya. Ketika itu, dia akan mula bertanya dan contohnya seperti soalan ini ibu bagaimana kapal terbang boleh terbang?


Bagaimana jika anda tidak tahu jawapannya?

Kadangkala anak anda akan bertanya soalan yang sukar anda menjawabnya. Bukan kerana anda tidak tahu tetapi anda tidak tahu bagaimana memulakannya. Anda mungkin ada idea tetapi tidak pasti jawapan yang anda beri itu betul atau sebaliknya.

Jangan mengambil jalan mudah dengan berbohong kepada anak anda jika anda tidak tahu jawapan kepada soalan yang dikemukakan. Jika anda tidak suka anak anda berbohong, anda harus memulakan dengan sikap anda sendiri.

Satu hari anak anda mungkin bertanya, ayah, bagaimana lampu boleh menyala? Anda mungkin ada idea mengenai elektrik tetapi sukar untuk menjelaskannya. Anda mungkin akan berkata sains sebagai jawapannya. Mungkin anak anda akan berpuas hati, mungkin tidak. Jika dia masih ingin tahu, katakan dengan jujur sebenarnya anda pun tidak tahu. Bagaimanapun, berjanjilah untuk sama-sama mencari jawapan.

Misalnya, bawa anak anda ke zoo jika dia ingin tahu bagaimana bunyi suara gajah atau jika kebetulan anda ada abang yang bekerja dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), minta anak anda rujuk kepada bapa saudaranya itu.


Bagaimana kalau soalan itu sukar dijawab?

Apabila kanak-kanak makin membesar dia akan bertanya mengenai soalan membabitkan tubuh. Apatah lagi jika dia mempunyai adik berlainan jantina, selain mungkin dia pelik melihat wanita hamil.

Anak anda tiba-tiba bertanya anda di mana ibu beli adik? Mungkin anda tergamam dan terfikir apakah jawapan paling ideal untuk diberikan kepada anak anda.

Sebenarnya anda boleh menjelaskan keadaan sebenar walau berapa usia anak anda. Bagaimanapun, jelaskan serba ringkas dan sesuai dengan usia. Mungkin anda boleh katakan secara ringkas, adik datang daripada perut ibu seperti dia. Jelaskan kepadanya ibu akan bercerita lagi apabila dia meningkat dewasa.


Bagaimana untuk membuat anak anda berhenti menyoal?

Soalan anak anda mungkin bertalu-talu atau bersambung-sambung. Daripada jawapan yang anda beri, anak anda akan membina soalan lain pula. Walaupun kita cuba bersabar, ada kalanya kesabaran itu boleh hilang.

Jangan cepat marah dan menyuruh anak anda meninggal anda. Mungkin anda boleh secara lembut memberitahunya, cukuplah setakat ini, soalan itu kita simpan esok. Anak biasanya akan cepat lupa.

Sebenarnya soalan bertalu begitu bermaksud dia memerlukan perhatian. Perhatikan, dia akan bertanya soalan begitu apabila anda sedang melakukan sesuatu. Justeru, berhenti dan beri sedikit tumpuan padanya atau anda boleh menyuruh dia membuat aktiviti sendiri, misalnya membina blok atau mewarna.

Sumber: Parenting, August 2007

Read rest of entry

Peranan Muzik Kepada Kanak-kanak


Peranan Muzik Memupuk Minda Kanak-kanak

MUZIK sentiasa menjadi sebahagian penting dalam sistem pembelajaran kanak-kanak. Misalnya, seorang ibu akan mendendangkan irama lagu semasa mendodoikan anaknya untuk tidur, menyanyikan nada irama kanak-kanak apabila menyampaikan cerita fiksyen atau sejarah, serta aktiviti nyanyi-bersama yang dipelajari kanak-kanak semasa di rumah atau di prasekolah. Semua rangsangan stimulasi ini memberikan perkembangan yang sihat kepada bayi dan kanak-kanak.

Kajian terbaru membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa, hubungan bunyi-perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan sesetengahnya meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak.

Pada trimester ketiga pembesaran janin, otak sedang membuat persediaan untuk operasi lengkap. Oleh itu, ia mudah menerima sebarang bentuk informasi. Ketika itu, telinga fetus telah terbentuk sepenuhnya dan perlahan-lahan mula mengenali suara ibu dan bunyi sekeliling.

Pada peringkat ini, Stimulasi Prenatal adalah digalakkan kerana kaedah ini melibatkan pelbagai rangsangan seperti bunyi, gerakan, tekanan dan getaran unuk berkomunikasi dengan bayi anda sebelum bayi dilahirkan.

Pada peringkat ini, bayi mula belajar mengenali dan bertindak-balas kepada rangsangan berbeza yang membantu dalam perkembangan fizikal, mental dan deria mereka. Latihan ini membantu mengukuhkan ikatan hubungan ibu dan bayi, serta membantu dalam perkembangan emosi dan potensi intelektual bayi.

Dalam tempoh sebelum dan selepas bayi dilahirkan, muzik klasik telah diyakini dapat memberi pengaruh yang kuat terhadap kepintaran kanak-kanak. Tetapi kajian menunjukkan bahawa walaupun kebanyakan degupan jantung bayi bertindak balas terhadap muzik klasik, tiada kajian yang dapat membuktikan bahawa bayi hanya menggemari muzik klasik.


Kepelbagaian muzik

Kebanyakan pakar kanak-kanak akan bersetuju bahawa kesesuaian muzik untuk bayi dan kanak-kanak adalah tidak terhad, asalkan muzik tersebut tidak terlalu kuat atau menyakiti telinga bayi.

Kepelbagaian jenis muzik berguna untuk masa depan bayi anda kerana ia memupuk kemahiran menulis, membaca dan perbahasan, kata Dr. Lihanna Borhan, pensyarah Perkembangan Kanak-kanak di Universiti Malaya.

Baru-baru ini, ibu bapa di Malaysia telah dibanci tentang dua soalan berhubung muzik dalam perkembangan awal anak mereka melalui Tinjauan Pendapat Ibu Bapa Bijak yang dikendalikan oleh Mead Johnson Nutritionals.

Salah satu soalan yang dikemukakan mengkehendaki ibu bapa memberikan pendapat mereka sama ada muzik membantu anak mereka belajar dengan lebih baik.

91 peratus ibu bapa yang dibanci bersetuju dengan persoalan tersebut dan memberikan kesimpulan bahawa lebih ramai ibu bapa kini yang terdedah kepada sumber-sumber yang membantu dalam perkembangan awal anak-anak mereka termasuk muzik.

Satu lagi soalan yang dikemukakan adalah pilihan ibu bapa terhadap muzik klasikal atau muzik pop untuk anak mereka. Ia memberikan tindak balas bercampur kerana 57 peratus memilih muzik klasik manakala 43 peratus memilih muzik pop.

Walaupun majoriti ibu bapa menjawab ya, terdapat golongan ibu bapa yang berpendapat bahawa muzik pop juga bersesuaian. Ini mungkin boleh dikaitkan dengan bagaimana cara ibubapa pada masa ini menggunakan muzik sebagai alat pembelajaran.

Apabila bayi anda mula membesar, dia mula bergoyang, bergerak dan menari mengikut irama muzik. Semua bayi mempunyai naluri deria irama dan menggemari muzik. Ingat lagi irama kanak-kanak yang anda pelajari di zaman kanak-kanak? Jika anda suka menyanyi Twinkle Twinkle Little Star, begitu juga dengan bayi anda.


Perasaan

Ibu bapa juga boleh mengetahui perasaan bayi anda dengan mengaitkan muzik atau bunyi yang menghasilkan reaksi tertentu. Misalnya, apabila bayi atau anak anda tidak gembira, ibu biasanya akan mendakap anak mereka, mendendang atau mendodoikan anak dengan irama muzik.

Tidak kisahlah jika anda boleh menyanyi dengan sedap atau tidak, nada yang tenang atau melodi yang mendamaikan di sebalik suara ibu membantu menenangkan emosi bayi. Ringkasnya, bunyi yang tenang mempunyai kesan menenangkan terhadap bayi.

Lagu pop atau rancak boleh meningkatkan semangat kanak-kanak, menjadikan mereka gembira dan bertenaga, apabila mereka menari mengikut irama muzik. Sebaliknya, muzik klasikal membantu mengekalkan perhatian dan tumpuan kanak-kanak, menjadikan mereka tenang dan patuh.

Dalam usia enam tahun pertama mereka, kanak-kanak boleh berlagu mengikut irama apabila mereka cuba membezakan deria dan bunyi dari irama muzik serta memperoleh penyampaian visual bunyi tersebut.

Proses mendapatkan maksud dari bunyi merupakan kunci utama untuk permulaan kanak-kanak dalam perkembangan bahasa.

Semasa usia bertatih, anak boleh menentukan penekanan terhadap bunyi seperti Tidak dan Berhenti, diikuti oleh bunyi geram, nada tinggi atau lain-lain konotasi agresif.

Ini juga boleh digunakan untuk perkataan positif seperti, Baik, Bagus atau Hebat. Kanak-kanak berupaya untuk mentafsirkan maksud melalui nada perkataan; umumnya jika apa-apa perkataan yang diucapkan tidak mempunyai ritma yang betul, tidak ada seorangpun yang boleh memahaminya.


Otak kiri

Pada bahagian kiri otak, terdapat Kawasan Broca yang juga dikenali sebagai Memori Tugasan Verbal. Bahagian otak ini mengendalikan semua simpanan dan pemprosesan informasi verbal, serta peranan penting pemprosesan bahasa. Semasa usia awal perkembangan kanak-kanak, mendengar adalah lebih baik dari membaca, sering dianggap sebagai bentuk pembelajaran yang efektif.

Memandangkan bahasa ucapan biasanya sementara, apa-apa bunyi yang tertinggal di belakang disalurkan dengan cepat dan disimpan dalam otak untuk rujukan dan perkaitan di masa depan. Oleh itu, pemahaman mendengar mengesyorkan bahawa lebih banyak pemprosesan semantik dalam Kawasan Broca.

Misalnya, dalam bahasa Mandarin, setiap suku kata dan nada adalah penting dalam membezakan di antara satu perkataan dengan perkataan yang lain; jika diucapkan mengikut tahap nada yang berbeza, perkataan mi mungkin bermaksud untuk mengecilkan mata, nasi atau kebingungan.

Muzik juga memiliki keupayaan memulih ke atas kanak-kanak. Mengikut hasil kajian yang dijalankan oleh Stanford University telah mendedahkan bahawa muzik meningkatkan pembacaan untuk kanak-kanak dileksia.

Seperti yang dinyatakan dari awal, pengalaman muzikal boleh meningkatkan keupayaan otak untuk mengenalpasti dengan cepat perubahan bunyi dan nada.

John Gabrielli, bekas Profesor Psikologi Stanford menekankannya dengan berkata: apa yang ditunjukkan oleh kajian ini, yang penting, terdapat aspek tertentu bahasa... Yang berubah dalam minda dan otak manusia dengan latihan muzikal.

Kajian dijalankan turut mencadangkan bahawa memainkan alat muzik mempunyai faedah kognitif, walaupun tahap ukurannya belum ditentukan.

Di dalam artikel adakah muzik menjadikan kita lebih pintar? (Does music make us smarter?) oleh BabyClassroom.com mengaitkan muzik dengan perkembangan awal otak.

Mereka memetik kajian oleh Dr. Frances Rauscher dan Dr. Gordon Shaw yang menunjukkan bahawa kanak-kanak prasekolah yang mengambil pelajaran muzik menampilkan keupayaan pemikiran spatial dan temporal (yang merupakan asas penting untuk matematik dan sains) dan prestasi yang lebih baik dalam menjalankan tugas dibandingkan rakan mereka yang tidak mengambil pelajaran muzik, termasuk mereka yang mengambil pelajaran komputer dalam tempoh yang sama.

Selain daripada itu, muzik juga telah dikaitkan dengan peningkatan celik huruf. Malah, muzik sememangnya menjadi komponen penting dalam perkembangan bahasa kerana ia merupakan cara yang baik untuk melibatkan kanak-kanak dalam menerokai bunyi dan perkataan, manakala irama pula alat yang berguna untuk meningkatkan memori. Contoh terbaik adalah lagu huruf. Sesetengah orang dewasa masih menyanyikan ABCDE hingga Z untuk membaca huruf.

Dengan pendedahan muzik dan latihan muzikal, anak anda berupaya untuk memahami maklumat baru dengan lebih baik dan cepat, kerana muzik meningkatkan keupayaan mental.

Satu lagi faktor positif muzik adalah ia merangsang keyakinan dan harga diri anak anda. Ya, muzik boleh memberikan faktor penting untuk perkembangan dan pembesaran kanak-kanak. Bagaimanapun, ibu bapa dinasihatkan tidak menggunakan pelajaran muzik yang boleh memberi tekanan kepada anak-anak sehingga melampaui keupayaan mereka kerana ini boleh memberikan akibat negatif.

Keseronokan adalah kunci kepada apa jua proses pembelajaran dan ibubapa perlu sentiasa bersama anak dan berinteraksi dengan mereka untuk memperoleh sepenuhnya kreativiti anak mereka, meningkatkan kemahiran motor atau mengatasi halangan kognitis anak mereka.

Menyanyi, bermain dan menarilah bersama anak anda, kerana tiada pembelajaran yang lengkap tanpa ibu bapa.


* RENCANA ini disumbangkan oleh Mead Johnson Nutritionals dan merupakan sebahagian daripada empat rencana merangkumi Smart Music (Bijak Muzik), Smart Language (Bijak Bahasa), Smart Play (Bijak Permainan) and Smart Nutrition (Bijak Nutrisi).

Read rest of entry

Ciri-ciri Anak Kreatif

3 Ciri Anak Kreatif

1. Spontan
2. Rasa ingin tahu
3. Tertarik pada hal-hal yang baru


Jika diperhatikan pada tiga perkara tersenarai di atas, mesti kita akan mendapati bahawa semua ciri itu ada pada anak kita. Ke tak perasan? Dari apa yang dinyatakan tu fahamlah kita bahawa semua anak adalah kreatif secara semulajadi tetapi kaedah kita mendidiklah yang boleh menjunamkan kekreatifan anak-anak.So, kenalah reti yang kita mak bapak ni mempertahankan kebolehan diorg.

Soalan di bawah mungkin dapat membantu saya dan semua yang membaca memahami dah berapa jauh kemampuan kita dalam hal nih?

  • Adakah kita menerima segala kelebihan dan kekurangan anak dan adakah kita menghargai kelebihannya dan membantu dia mengatasi kelemahannya?
  • Adakah kita menyedari bahawa setiap individu adalah unik, tak sama dan tak akan dapat disamakan dengan anak orang lain?
  • Tahukah kita bahawa kreativiti tu byk dimensi dan mungkin dimensi kreatif anak kita tak sama dari kita?
  • Sudahkah kita mengenalpasti minat dan bakat anak kita satu persatu
  • Adakah kita bagi dorongan atas apa yang diorang lakukan atau kita marah diorang pulak?
  • Adakah kita memberikan perhatian atas apa yang diorg buat cthnya join sekaki melakukan aktiviti bersama
  • Adakah kita sering memperkenalkan perkara2 baru pada mereka? Atau kita lebih rela menyembunyikannya?
  • Adakah kita berinteraksi dgn anak2 dgn cara santai atau kita cakap ala2 marah gitu?
  • Adakah kita memberi ruang waktu, tempat dan kemudahan dan bahan2 agar anak kita menjadi lebih kreatif?
  • Pernahkah kita bagi projek khusus berkaitan dgn minat diorg utk diorg praktikkan kekreatifan mereka?
  • Adakah selama ini kita berminat dengan hasil projek mereka atau kita hanya minat dengan proses mereka sahaja?
  • Adakah kita menilai hasil tangan mereka dari sudut pandangan kita tanpa menggunakan perspektif penilaian anak2?
  • Adakah kita membantu mereka menguatkan lagi kebolehan mereka?


Empat kunci untuk mempertahankan kreativiti anak

1. Membangunkan keperibadian anak dengan kasih sayang

Dengan kasih sayang ibu bapa akan menerima anak seadanya. Jangan memaksa dia menjadi orang lain memandangkan setiap individu adalah unik. Sebagai contohnya saidina Umar r.a dan Abu Bakar r.a. meskipun dilatari latar belakang agama, mereka tetap berbeza. Ibaratnya bintang, semua bintang akan bergemerlapan. Terangnya satu bintang tidak akan gelapkan cahaya bintang yang lain.

Seperti yang kita perhatikan dikalangan sahabat2 Baginda Rasulullah SAW. Mereka semuanya kreatif tapi dimensinya berbeza - alman Al-Farisi mahir dalam perang parit, Umar Bin Khattab mahir dalam tertib lalu lintas, Abu Bakar Ash-Shiddiq mahir dalam ekonomi Islam, Khalid bin Al Walid mahir dalam perang moden dan lain-lain lagi. Masalah orang sekarang adalah seolah2nya kita mahu fotostat kepandaian anak2 jiran kita pada anak kita sedangkan perkara nih mustahilkan?


2. Memberi motivasi dan semangat

Sama seperti kita berpuasa, solat berjemaah bersama2 kenapa tidak melakukan bersama2 untuk aktiviti yang boleh mengembangkan lagi bakat mereka.


3. Membantu anak2 membuat system atas apa yang dihasilkannya

Pertama : ruang waktu yang mencukupi, tempat yang selesa dan bahan yang mencukupi untuk menampung bakat mereka

Kedua : menggilirkan keterlibatan kita kerana ada masa mungkin anak mahu bersendirian membuat kerja mereka dan ada masanya mereka memerlukan kita.

Ketiga : sediakan mereka bilik yang selesa untuk menghasilkan sesuatu

Keempat : memelihara suasana harmoni yang tidak menyekat kebolehan anak2.


4. Menilai hasil kreativiti anak2

Pastikan kita tidak menilai ikut perspektif kita. Tambah pulak kalau kita nih jenis cerewet kan nanti terbantut perkembangan anak2. contoh bila anak boleh kira dari satu hingga sepuluh, kita puji la dan kita bagi ganjaran walaupun dia mengambilk masa untuk mencapai kemajuan itu.


Read rest of entry

Daya Kreatif Anak-anak


Membina daya kreatif
kanak-kanak

DAYA kreatif bukan hanya bergantung kepada keupayaan, tetapi juga sikap seseorang dalam menghadapi kehidupan.

Daya kreatif paling jelas dapat dilihat pada kanak-kanak kerana bagi mereka segalanya adalah baru dan otak mereka yang kecil sentiasa cuba menggabungkan fikiran dan idea-idea, sambil meneroka dunia di sekeliling mereka.

Bagaimanapun, jika ibu bapa ingin menanamkan daya kreatif ini dalam diri anak-anak, perkara penting yang perlu diketahui ialah perbezaan antara kreativiti dan kepintaran.

Semua orang mempunyai potensi atau bakat kreatif semula jadi. Sebagai guru, ibu bapa atau penjaga, mereka boleh mempengaruhi kanak-kanak untuk meningkatkan daya kreatif .

Tugas membesarkan anak-anak yang kreatif adalah lebih mudah daripada yang disangkakan.

Ibu bapa hanya perlu memberikan sedikit galakan dan peluang untuk mereka mendapat kebebasan untuk bertindak dan bersuara.

Ibu bapa boleh menyediakan pelbagai jenis bahan untuk mainan kreatif anak seperti alat-alat lukisan, pakaian lama, plastisin dan doh mainan buatan sendiri, blok binaan atau kotak, dan sebagainya.

Ibu juga boleh membacakan buku untuk anak-anak dan menggalakkan mereka membaca. Tunjukkan kepada mereka bahawa membaca adalah kegiatan yang menyeronokkan.

Sesetengah kanak-kanak memang gemar melukis dan mewarnakan lukisan. Mereka akan melakukannya tanpa disuruh. Tetapi kanak-kanak yang lebih penakut atau pemalu mungkin memerlukan idea untuk mendorong mereka memulakannya.

Ada kanak-kanak yang mungkin gemar melukis objek, orang atau haiwan yang mereka lihat. Ini adalah cara yang baik untuk meningkatkan kemahiran pemerhatian atau pengamatan mereka.

Jangan galakkan mereka melukis watak-watak kartun popular. Sebaik-baiknya, galakkan kanak-kanak mencipta atau melukis watak mereka sendiri.

Secara umum, elakkan aktiviti-aktiviti seni membabitkan langkah demi langkah yang membawakan hasil yang boleh diramalkan.

Gunakan bahan-bahan berlainan untuk aktiviti-aktiviti lama. Sebagai contoh, semburkan krim pencukur pada cermin tingkap atau ke atas meja dan biarkan mereka melukis dengan jari.

Atau, warnakan beras dengan menggunakan pewarna makanan dan biarkan mereka cuba membuat koolam. Atau, izinkan mereka menggunakan selimut, kerusi dan kotak untuk membuat istana.

Galakkan mereka memikirkan sesuatu dengan sendiri. Ibu bapa seharusnya menyokong idea atau ciptaan mereka - bukan mengkritik atau cuba membetulkan rupa atau bentuk hasil kreatif mereka.

Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa individu yang sangat kreatif biasanya lahir daripada keluarga yang mengenakan terlalu sedikit peraturan penting tetapi bermakna.

Pakar pendidikan awal Itali, Loris Malaguzzi yang menulis dalam The Hundred Languages of Children berkata, kreativiti lahir daripada pelbagai pengalaman.

Ia disertakan dengan pembangunan sumber peribadi yang mendapat sokongan, termasuk kebebasan untuk meneroka luar daripada batas pengetahuan.

Dalam usaha untuk meningkatkan daya kreatif anak-anak, tugas ibu bapa ialah untuk membantu mereka mendaki gunung mereka sendiri, setinggi yang terdaya. Tiada sesiapa yang dapat melakukan lebih daripada itu.

- Artikel ini dibawakan oleh Walls Paddle Pop - jenama aiskrim keluaran Unilever (M) Holdings.

Read rest of entry

Kolina

Selalunya, dalam iklan susu formula anak-anak di tv, kita selalu dengar perkataan kolina. Apa itu kolina dan apa kepentingannya kepada tumbesaran kanak-kanak?



Khasiat kolina penting untuk kanak-kanak
Oleh Yooga Rani Murugiah

RAMAI tahu selain kandungan protein dan asid folik yang tinggi, khasiat zat seperti asid dokosaheksenoik (DHA) dan asid arakidonik (ARA) amat penting dalam proses tumbesaran bayi dan kanak-kanak. Kedua-dua elemen ini tidak boleh dinafikan mempunyai seribu kebaikan pada perkembangan otak dan seluruh anggota badan.

Sungguhpun pengambilan DHA dan ARA diberikan penekanan tinggi, tetapi kurang yang menyedari ada ramuan khasiat lain seperti kolina yang harus diberi keutamaan dalam pemakanan seimbang bayi. Laporan Institut Perubatan Amerika Syarikat mendapati, kandungan kolina yang tinggi dalam diet pemakanan ibu dan bayi dapat membantu meningkatkan kadar imunisasi tubuh melawan penyakit selain merangsang perkembangan otak si kecil.

Dalam kajian yang dilakukan Ketua Jabatan Nutrisi dan Perubatan Awam di Universiti North Carolina, Chapel Hill, Profesor Steven Zeisel, menunjukkan pengambilan kolina yang secukup mampu mengurangkan tahap kolesterol selain mengatasi kerosakan saraf.

Katanya, kolina adalah komponen diet yang diperlukan sel untuk berfungsi dengan baik. Nutrien itu membantu struktur sel membran dengan mempengaruhi perkembangan otak, kesihatan kardiovaskular, pertumbuhan semula dan fungsi hati. Bukan saja bayi dan kanak-kanak, ibu hamil atau yang sedang menyusu, secara umumnya setiap manusia memerlukan kandungan kolina yang cukup bagi mengekalkan tahap kesihatan yang sempurna.

Kolina amat berkait rapat dengan vitamin B dan asid folik. Kedua-duanya zat nutrisi itu memerlukan antara satu sama lain. Jika anggota tubuh kekurangan asid folik, maka kita perlu melebihkan pengambilan kolina.

"Kolina banyak diperoleh dalam diet protein. Lebih-lebih lagi kandungan kolina dalam makanan seperti susu, telur, hati ayam, kekacang, soya, taufu dan roti amat tinggi. Di samping protein, pemakanan yang seimbang juga perlu diamalkan. Ini kerana diet yang betul tidak saja menentukan bayi anda menikmati tahap kolina yang optimum malah membawa kesan sepanjang pertumbuhannya.

"Bagi ibu yang tidak menyusu dan lebih gemar menggunakan formula, mereka juga perlu peka mengenai kepentingan kolina. Jadi langkah terbaik, wajar mereka memilih formula yang amat hampir dengan susu ibu, cukup dengan segala khasiat," katanya ketika ditemui pada sidang akhbar anjuran Mead Johnson Nutritionals di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Turut hadir rakannya, Profesor Carlos H Lifschitz dan Pengarah Urusan Mead Johnson, Jorge Pinedo.

Zeisel turut mengakui pengambilan kolina di kalangan kanak-kanak ketika tahun awal dalam kehidupan mereka amat penting kerana perkembangan otak berlaku dengan cepat pada fasa itu.

"Pada tahap itulah, otak mereka memerlukan khasiat lengkap seperti kolina untuk memastikan proses perkembangan aktif yang berterusan hingga alam remaja dan dewasa," katanya.


FAKTA: Pengambilan kolina disyorkan di kalangan kanak-kanak dan dewasa

Bayi berumur 0 hingga 6 bulan : 125mg/sehari

Bayi berumur 7 hingga 12 bulan : 150mg/sehari

Kanak-kanak berumur 1 hingga 3 tahun : 200mg/sehari

Kanak-kanak berumur 4 hingga 8 tahun : 250mg/sehari

Wanita berumur lebih 19 tahun : 425mg/sehari

Dewasa 550mg/sehari (lelaki) dan 400mg/sehari (wanita)

Wanita Hamil 450mg/sehari dan wanita sedang menyusu : 550mg/sehari


Read rest of entry

Friday, July 3, 2009

Amalan-amalan Yang Merencatkan Pembangunan Anak

  1. Ibu bapa yang tidak memahami keagungan menjulur dan merangkak
  2. Anak yang sering ditelentangkan
  3. Anak yang tidak ditiarapkan
  4. Anak yang sering didukung
  5. Anak yang sering dikepit atau diriba
  6. Anak yang memakai "walker"
  7. Anak yang ditidurkan didalam buai terlalu lama dan kerap
  8. Anak yang dikandangkan dengan baby-cot
  9. Rumah yang tidak punya ruang untuk anak menjulur dan merangkak

*Dari waktu lahir sehingga usia 6 tahun, saiz otak anak akan membesar dengan kadar yang amat pesat. Proses pembesaran ini akan menyebabkan otaknya membesar ke arah belakang. Anak yang sering tidur telentang akan menggugat proses ini.

*Kaedah yang perlu diamalkan..
  • Tidurkan anak dalam posisi mengiring di sebelah kanan.
  • Tiarapkan anak
  • Anak tidur tanpa menggunakan bantal kepala
  • Waktu jaga, letakkan anak di atas lantai dalam posisi meniarap
  • Jangan riba sehingga dia rasa terperangkap dan tidak mudah bergerak dan meneroka

Anak yang sering ditimang akan mudah bertutur dengan baik...
terdapat 2 jenis timangan iaitu:
  1. timangan atas bawah
  2. timangan pusingan
elakkan goncangan yg terlalu kuat kepada bayi kerana ia akan mengakibatkan:


SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

*hayunan yang terlalu kuat semasa di dalam buaian juga boleh mengakibatkan SBS.

PENCEGAHAN
  • Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
  • Jangan memegang bayi anda ketika marah.
  • Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
  • Minta bantuan orang lain.
Read rest of entry
Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama...

Saya mula berminat mendalami proses perkembangan intelek anak, sejak kandungan pertama pada 2006. Dengan membaca buku2 keluaran NURY, memahami cara pengajaran Glenn Doman dan menggunakan kaedah fonik Bacalah Anakku dalam pengajaran dan pendekatan mendidik anak..


-Nurul Huda Nordin-


Blog Widget by LinkWithin

networkedblogs

 

Recommended Product

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

My Blog List

Pendidikan Awal Kanak-Kanak Copyright © 2009 Shopping Bag is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal