Kejayaan anak-anak kita membaca sebenarnya bergantung juga kepada bahan yang sesuai, kaedah yang tepat, kesungguhan kita dan kesediaan membaca anak-anak pada usia mereka masih kecil.

Kita harus sedar bahawa "Celik huruf bukanlah satu anugerah, tetapi ia adalah hak setiap kanak-kanak" yang harus ditunaikan oleh setiap ibu bapa atau guru.

Saturday, December 12, 2009

Jangan Biarkan Anak Terlalu Bersih

Jangan Biarkan Anak Terlalu Bersih


Apa reaksi umum orang tua jika melihat anaknya bermain pasir atau lumpur hingga mengotori wajah, tangan, pakaian, atau bahkan seluruh tubuhnya? Panik, marah, atau cenderung membiarkan saja?

Menurut para peneliti, biarkan saja anak bermain kotor-kotoran. Bahkan, anak-anak sesekali harus kotor kerana jika terlalu bersih, kemampuan kulit anak untuk menyembuhkan diri sendiri justeru terganggu atau rosak.

Hasil penelitian team peneliti School of Medicine di University of California, AS, seperti diberitakan Nature Medicine, Isnin (23/11), menyebutkan, bakteria bernama Staphylococci yang hidup di kulit membentuk semacam jaringan yang mencegah peradangan ketika kita terluka.

Bakteria itu juga mengurangi reaksi ketahanan tubuh yang berlebihan. Para pakar medik mengatakan, penemuan team peneliti itu memberikan penjelasan ke atas ”hipotesis kesihatan” yang menyebutkan jika tubuh dibiasakan menghadapi kuman sejak usia dini, maka kemungkinan besar tubuh akan menciptakan jaringan pelindung dari berbagai macam alergi.

Selama ini ada pandangan bahawa obsesi masyarakat pada kebersihan sebenarnya mulai muncul ketika alergi merebak di negara-negara berkembang. ”Penemuan ini bisa membantu kita untuk menemukan pendekatan yang baru untuk menangani penyakit-penyakit kulit yang menular,” kata pemimpin team peneliti Richard Gallo.

Juru bicara untuk lembaga Allergy UK mengatakan, semakin banyak bukti yang menunjukkan bahwa tubuh sebenarnya akan menjadi lebih kebal jika kerap terekspos dengan kuman.


sumber: email

Read rest of entry

Thursday, December 3, 2009

Alia Dah Boleh Membaca...!


Percubaan ALia membaca ketika berumur 3 tahun 8 bulan..
Well done, sayang..!! Keep trying.. don't give up.

Percubaan Alia Membaca
Uploaded by mysoulkids. - Videos of family and friends from around the world.


Syukur Alhamdulillah...
Satu kepuasan rasanya melihat Alia dah boleh membaca. berbaloi segala usaha dan pelaburan selama ini. Impian yang dah tersimpan selama 4 tahun sudah, akhirnya termakbul jua.

Alhamdulillah..
Ibu telah tunaikan hak Alia. Tugas ibu sekarang.. adalah membimbing Alia supaya menjadi hamba Allah yang solehah. semoga dipermudahkan Allah dan terlaksana niat ini. InsyaAllah..









Read rest of entry

Diapers Import

IMPORTED DIAPERS @ PAHANG


Ciri-ciri :
~ clothlike(mcm mamypoko)
~ magic tape (zip zap)




Stocks available :

Maman wb
NB80 - rm 34
S80 - rm 35
M80 - rm 36
L80 - rm 38
XL60 - rm 35
XL80 - rm 42


Europe A (upon request)
NB56 - rm 30
S48 - rm 28
M56 - rm 38
L50 - rm 38
XL44 - rm 38


Europe B - RM 39
NB100 - rm 39
S90 - rm 39
M80 - rm 39
L70 - rm 39
XL60 - rm 39
XXL50 - rm 39


Pureen
S80 - rm 32
M80 - rm 33
L80 - rm 37
XL80 - rm 40


Pants Europe (upon request)
L40
XL37
XXL34


Adults (upon request)
M10 - rm 15.00 (pembelian 10 beg = rm 13.50 sebeg)
L10 - rm 16.00 (pembelian 10 beg = rm 14.50 sebeg)


Sanitary Pad (upon request)
Pantyliner Maman (Normal) - 30pcs (RM 3.50)
Pantyliner (Herba) - 30pcs (RM 5.00)
Pad wing - 10pcs (RM 3.00)
Pad Herba - 10pcs(RM 4.00)
Pad wing 20pcs - (RM 5.00)
Panty liner (Europe gred A) - 30pcs (RM 3.50)
Pad overnight (europe gred A) - RM 4.00
**beli 10pek diskaun rm1 sepek (JIMAT RM 10)





remarks:
- stok terhad. so,"early booking" adalah digalakkan.
- pembelian 3 beg akan m'dapat diskaun RM 1 sebeg (campur saiz & jenis).
- pembelian 5 beg akan m'dapat diskaun RM 2 sebeg (campur saiz & jenis).
- "FREE DELIVERY" untuk pmbelian min. 5 beg (limited area..)
- Penghantaran percuma juga dilakukan untuk kaw. luar spt (BENTONG-RAUB-JERANTUT) dgn p'belian min 5 beg.



lokasi:
* Perkampungan Indera Sempurna, Jln Kuantan-Pekan
* Ambank Triang
* Taman Jati, Bera
call: NURUL (016-696 5295)
ym : nhuda_kl
email : ummibijak@yahoo.com


Dealers:
* Kuala Lipis --> Eza (012-963 9063)
* Tanjung Lumpur --> Ita (013-742 8301)
* Pekan --> Elly (017-967 3769 / 019-905 8672)



http://mysoul-diapers.blogspot.com/
Read rest of entry

Wednesday, December 2, 2009

Memahami Kanak-kanak

Setiap dari kita harus memahami kanak-kanak supaya kita dapat menyatuni mereka dengan lebih tenang dan sesuai dengan fitrah.

Berikut adalah senarai yang dapat saya kumpulkan.

1. Perkembangan kanak-kanak mengikut corak yang boleh dijangka. Corak perkembangan yang sama iaitu dari satu tahap ke satu tahap yang lain iaitu kanak-kanak akan berdiri sebelum berjalan.

2. Kadar kemampuan,kecekapan dan kecepatan perkembangan setiap tahap adalah berbeza walaupun kanak-kanak berada pada tahap yang sama.

3. Kanak-kanak juga berkembang lebih cepat dalam bidang tertentu daripada bidang lain. Sebagai individu mereka juga mepunyai minat, keperluan dan motivasi yang berbeza.

4. Kanak-kanak belajar dengan cara tersusun iaitu dari senang kepada susah dan daripada umum kepada khusus. Mereka minat,ingin tahu dan bersemangat mempelajari dan meneroka perkara baru. Mereka juga tidak takut pada kegagalan dan sering belajar dari kesilapan.

5. Kanak-kanak memerlukan kemahiran sebenar iaitu belajar berinteraksi bermula dengan benda-benda konkrit sebelum kepada yang abstrak.

6. Kanak-kanak belajar melalui bermain secara fitrah kurniaan Allah SWT dan melalui bermain mereka boleh meneroka melalui 5 deria (melihat, mendengar, merasa, menyentuh dan menghidu) yang menjadi lebuhraya ke otak

7. Kanak-kanak sangat suka kepada cerita dan nyanyian terutama yang berkaitan dengan binatang. Cerita dan nyanyian dapat memberi pelbagai mesej berguna kepada kanak-kanak.

8. Mereka sangat bertenaga dan suka bergerak. Oleh itu mereka mempunyai tumpuan yang singkat. Cara pengajaran dan pengajaran mestilah menggunakan bahan dan kaedah mesti menarik. Mereka juga suka kepada warna-warna yang terang.

9. Kanak-kanak suka kepada pujian dan pengukuhan melalui ganjaran. Ini membantu membina keyakinan diri mereka.

10. Perkembangan bahasa mereka masih terhad. Kadang-kadang mereka gagal menyatakan keperluan dan kehendak mereka dengan jelas. Ini membuatkan mereka kecewa dan buat perangai. Cubalah fahami keperluan dan kehendak mereka dan selalulah bercakap dengan mereka untuk meningkatkan perkembangan bahasa.

11. Kanak-kanak suka meniru dan menjadikan orang dewasa disekeliling mereka sebagai role-model.

12. Kanak-kanak juga belajar melalui pengulangan. Jadi untuk menerapkan sesuatu kita perlu mengulang beberapa kali.

13. Kanak-kanak suka meminta kepastian terhadap apa yag mereka ingin lakukan. Sentiasa galakkan mereka membuat pilihan sendiri dan nyatakan sokongan kita.

14. Kanak-kanak suka bergaul dan berinteraksi dengan rakan sebaya. Beri peluang kepada mereka dan elakkan daripada terlalu mengongkong.

15. Kanak-kanak agak egosentrik atau suka mementingkan diri terutama yang berumur dua tahun. Fahamilah dan bantulah mereka untuk belajar berkongsi dan memahami orang lain secara perlahan.

16. Kanak-kanak sangat dekat dengan alam ciptaan Allah. Latihlah mereka memelihara dan menghargai alam sekitar.

17. Kanak-kanak membesar secara natural dalam persekitaran yang sihat, kondusif dan penuh kasih sayang. Ibu bapa harus menjadi pemudahcara dalam meningkatkan perkembangan mereka secara menyeluruh.

Memahami kanak-kanak juga membantu semua ibu bapa dan guru untuk menyediakan persekitaran, memberi rangsangan, motivasi dan pengalaman pembelajaran yang optimum.

Sekian. Wallahua'lam.
--
"Sayangi dan dekatilah anak-anak kita"
Read rest of entry

Manisan Lebah @ Madu

Tengah-tengah saya menulis tentang pemahaman dan kesannya tentang lada dan cili ke atas kesihatan manusia, saya terbaca sebuah buku yang ada tersimpan di dalam khutub khanah di rumah saya yang bertajuk “The Food Pharmacy” yang di tulis oleh Jean Carper pada tahun 1988. Saya juga mencari dan membaca buku ini atas soalan anak saya “Mengapa mama, tiap-tiap kali saya sakit kepala, saya makan Tom Yam pedas dan sakit kepala saya pulih”. Saya telah memberi keterangan ini dalam artikel yang terdahulu dari artikel ini.
Apa itu “Honey” atau Madu. Kami dari Pahang memberi namanya Manisan Lebah. Mengikut Jean Carper manisan telah berjaya merawat penyakit-penyakit yang berasal dari jangkitan bakteria, boleh merawat luka, kudis, kudis buta mengurangkan lelah (asthma) sakit kerongkong dan batuk, boleh mengurangkan stress dan mengatasi masaalah tidak boleh tidur (insomnia) mengurangkan rasa sakit dan cirit birit .
Mengikut cerita sejarah di Egypt , Madu digunakan begitu berleluasa sebagai kita menggunakan aspirin dan panadol pada hari ini. Hippocrates yang terkenal sebagai “The Father of Modern Medicine” pernah mencadangkan menggunakan madu yang di campur dengan air untuk merawat demam. Dalam beberapa hadis Rasulullah S.A.W banyak menggunakan madu sebagai cara merawat penyakit dengan di susuli doa-doa yang tertulis dalam buku “Healing with the Medicine of the Prophet” oleh Imam Ibn Qayyim Al-Janziyah yang banyak menceritakan tentang cara-caranya madu di gunakan oleh Rasulullah .
Dalam, kajian-kajian yang di laksanakan oleh penyelidik-penyelid ik sains hari ini, kisah-kisah ini adalah benar. Madu yang asli adalah satu anugerah Allah kepada manusia kerana ianya adalah ubat mujarab untuk membunuh kuman, membersihkan berbagai fungus dan lain-lain lagi. Di kalangan masyarakat-masyarak at yang dikatakan miskin seperti di Afrika, madu di gunakan hingga sekarang sebagai bahan merawat penyakit.
Pada tahun 1970, seorang penyelidik dan pakar bedah dari England memeranjatkan dunia apabila beliau mengumumkan bahawa beliau menggunakan madu untuk merawat luka selepas pembedahan. Katanya luka yang di rawat dengan madu lebih cepat sembuh. Beberapa kawannya meneruskan penyelidikan dan didapati adalah benar madu boleh membunuh bakteria.
Di Afrika Selatan, pakar penyelidik mendapati madu boleh membunuh bakteria seperti Salmonella, Shigella, E.Coli (yang menyebabkan cirit birit) dan juga Kolera. Apa yang lebih penting jika madu boleh di makan setiap hari bagi menggantikan gula pasir.
Bagaimana madu boleh membunuh bakteria belum diketahui. Ada yang mengatakan madu menyedut air dari bakteria dan dengan itu bakteria mati. Kajian pula di buat untuk megeluarkan gula dari madu tetapi tanpa gulanya madu masih boleh membunuh kuman. Penemuan yang penting ialah bakteria tidak membina “resistance” kepada madu seperti wujud sekiranya kita sering makan antibiotic seperti streptomycin, achromycin dan lain-lain.
Kalau kita fikirkan macam tidak percaya madu boleh memulihkan lelah atau asthma. Kata pakar penyelidik dalam madu ada “pollen” dan dengan makan madu “pollen” ini telah berjaya macam suntikan BCG, dan yang menyebabkan “pollen” itu boleh membina sedikit-sedikit daya ketahanan yang baik yang mampu mengatasi alahan itu. Demikian juga mungkin caranya madu mengatasi demam yang disebabkan oleh bakteria.
Kajian yang di jalankan di MIT (Massachusetts Institutes of Technology) menunjukkan bahawa glukos dalam madu mampu mengeluarkan “Serotonin” dan jika di minum sebelum tidur boleh membantu mengatasi masalah susah tidur atau insomnia.
Tetapi para penyelidik memberi amaran jangan memberi madu kepada anak kecil di bawah satu tahun kerana dalam madu ada sejenis benih bakteria yang boleh menyebabkan satu penyakit nama “Botulism” kerana system ketahanan anak kecil yang belum matang dan boleh menyebabkan penyakit.
Cubalah madu lebah, atau manisan lebah tetapi yang asli. Ada petua yang boleh mengesan sama ada manisan itu asli. Botol-botol manisan itu di letakkan dalam peti ais dan gula yang telah di campur akan turun ke bawah botol. Jangan goncang botol itu dan tuangkan manisan ke dalam botol lain dan buang gula yang di bawah. Cubalah, Insya’ Allah.
ARTIKEL OLEH :
Dato’ Dr. Noor Laily bte Dato’ Abu Bakar
Institut Pembangunan Keluarga dan Kanak-kanak NURY
Read rest of entry

Wednesday, November 25, 2009

Pembelajaran Anak

Anak Belajar Dari Kehidupannya:
  • Jika anak hidup dengan cemuhan, ia belajar mengutuk
  • Jika anak hidup dengan keganasan, ia belajar melawan
  • Jika anak hidup dengan ejekan, ia belajar menjadi pemalu
  • Jika anak hidup dengan malu, ia belajar berasa bersalah
  • Jika anak hidup dengan tolak ansur, ia belajar menjadi penyabar
  • Jika anak hidup dengan dorongan dan rangsangan, ia belajar menjadi yakin
  • Jika anak hidup dengan pujian, ia belajar untuk menghargai
  • Jika anak hidup dengan adil, ia belajar keadilan
  • Jika anak hidup dengan keselamatan, ia belajar untuk mempercayai
  • Jika anak hidup dengan penerimaan, ia belajar menyukai dirinya
  • Jika anak belajar dengan keredhaan dan persahabatan, ia belajar mencari cinta dan kasih sayang di dalam dunia dan menyediakan dirinya untuk akhirat.
Read rest of entry

KECERDASAN EMOSI - Cedera Otak II

DYSLEXIA PENDENGARAN


" Anak saya pun begitu juga, terlalu hiperaktif dan ada masanya terlalu diam. Apabila saya panggil dia, dia jarang sekali menyahut sungguhpun saya tahu dia boleh mendengar. Kalaulah dia menyahut, dia sering minta saya menybut beberapa kali perkara yang saya perkatakan dan sering meminta saya jangan cepat sangat bercakap. Ada juga masanya dia melakukan perkara yang berlainan denan apa yang saya suruh dia buat. Di sekolah pula, Ikmal sering dihukum oleh gurunya kerana suka mengacau kawan dan tidak memberi tumpuan di dalam kelas."


Anak ini mengalami masalah Dyslexia Pendengaran.
Sekiranya ada kecederaan di peringkat otak atau dalam sebelah telinga, maka maklumat yang diterima oleh otak tidak tertumpu, kadang-kadang terbalik atau anak itu tidak mendengar perkataan yang akhir - hanya yang awal sahaja atau perkataan itu bercampur aduk.

Jadi, frasa yang berbunyi ; " Pergi ambil buku", mungkin didengar oleh anak "pergi" atau ambil sahaja atau terbalik "buku ambil pergi". Respon yang seperti ini akan menyebabkan anak diberi nama 'degil' atau 'bodoh' atau sering 'tercengang-cengang' atau dia sering gagap.



Apakah yang ibu bapa boleh buat untuk mengatasi masalah ini?

  • Menurut kajian yang dibuat oleh NURY, sebab utama anak menghidapi masalah ini ialah alahan makanan:
- anak alah apabila dia suka makanan yang dia amat suka makan dan mesti makan setiap hari. Sekiranya tidak dapat, akan menyebabkan anak itu menangis dan memberontak. Biasanya, anak alah pada makanan susu lembu, tepung gandum, makanan yg mengandungi coklat dan yang mengandungi gula.

  • Antara fakta penting dan selain daripada alahan ialah, kurangnya anak itu diberi peluang menjulur dan merangkak kerana anak banyak didukung atau diletakkan di dalam buai atau di dalam walker:
- bagi anak kecil, tentukan anak itu cukup menjulur dan merangkak. dan bagi anak yang telah berjalan tetapi masih juling juga atau ada masalah pendengaran atau penglihatan, mulakan program menjulur dan merangkak sekeluarga.

  • Antara sebab yang penting juga ialah telinga anak tersumbat dengan tahi telinga kering atau oleh jangkitan yang menyebabkan nanah telinga, hasil jangkitan kerongkong waktu kecilnya yang juga dikaitkan dgn alahan.
- dengan itu, anak kecil di bawah usia 6 tahun, haruslah diperiksa oleh pakar telinga secara rutin supaya perkara2 ini dapat dielakkan.
Read rest of entry

KECERDASAN EMOSI - Cedera Otak I


Anak Yang Cedera Otaknya dan Perkaitan Dengan Emosi.



" Anak yang tidak mampu menggunakan akalnya kerana otaknya cedera, akan sentiasa dikawal oleh emosi dan nafsunya. Dengan itu, setiap hari anak yang cedera otaknya tidak dipulihkan, ibu bapanya akan hilang satu hari untuk kemungkinan anak itu boleh dipulihkan.." (NURY)



KECEDERAAN OTAK
(anak yang dikatakan membangun mengikut perkembangan yang perlahan-yang kadangkala ada ibubapa menganggapkan anak itu "malas" atau "degil").

3 masalah yang dikaitkan dgn kecederaan otak :
  1. Dyslexia
  2. Dyslaterality
  3. Integrasi
kesemua masalah ini boleh membawa kepada kecederaan emosi.
Anak ini kita lihat anak "biasa", tetapi mengalami tekanan emosi oleh kerana kecederaan otaknya dan sering gagal.



1. DYSLEXIA
  • Dyslexia Penglihatan
  • Dyslexia Pendengaran


Dyslexia Penglihatan

"Anak saya terlalu lembab, susah faham dan sekiranya faham senang lupa... Gurunya telah membincangkan perangainya di dalam bilik darjah beberapa kali dengan kami suami isteri. Katanya, Halim tidak boleh duduk diam. suka mengacau kawan-kawan - cubit sana, cubit sini dan kakinya mesti bergerak tidak berhenti mencari mangsanya- di depan, di belakang, di kiri, di kanan... Halim sering di hukum. Di seluruh badannya, saya lihat lebam di sana sini. Saya perhatikan tulisannya amat susah nak di baca dan kadang-kala terbalik.

Saya telah membawa dia berjumpa beberapa pakar. Saya diberitahu anak saya ini ada masalah Dyslexia Penglihatan. Mengikut apa yang diketahui tentang Dyslexia, keadaan ini tidak ada ubatnya. Beberapa pakar yang telah kami temui hanya menasihatkan supaya bersabar kerana keadaan ini akan beransur pulih sedikit demi sedikit.

Kami mengesan masalah Halim apabila dia mula masuk ke sekolah Tadika pada umurnya 5 tahun. sekarang Halim berumur 11 tahun. kami telah menunggu 6 tahun. Berapa lama lagikan harus kami tunggu...."



Halim sebenarnya mengalami masalah kecederaan otak yang menyebabkan Halim tidak boleh menumpukan penglihatannya. Ini bermakna salah satu matanya juling. Di dalam keadaan ini, maklumat cahaya yang diterimanya tidak tepat dan biasanya terbalik. Dengan itu, Halim akan melihat 'b' sebagai 'd' , 'p' sebagai 'q' dan seterusnya.

Kebanyakan ibubapa hanya dapat mengesan masalah ini apabila anak dihantar ke Tadika, atau masuk sekolah. Ada anak yang mengalami masalah ini boleh membaca, tetapi apabila mata sudah letih, perkataan yang dilihat akan mula bertindih-tindih atau melompat-lompat. selepas mungkin 3-5 minit membaca, anak akan mula terasa pening dan akan terus berhenti membaca, meninggalkan bukunya.


Anak-anak ini sering merasa hampa, geram atau hiba kerana gagal melaksanakan tugasan yg diberi. Ini akan menyebabkannya berada dalam keadaan tertekan dan itu akan menjadikannya anak hyperaktif - usik sana sini, mengacau kawan2. keadaan ini jika dibiarkan, akan mencederakan emosi anak itu dan dia akan kehilangan keyakinan diri dan maruah diri dan akhirnya, bukan sahaja tidak boleh belajar, tetapi akan termasuk di dalam golongan anak yang dikatakan "jahat" dsb..




** keadaan ini kalau dapat dikesan awal, masih dapat diperbaiki. diikuti dgn program memulihkan kecederaan otaknya seperti menjulur, merangkak dan berlari secara konsisten setiap hari.. dan mengelakkan makanan yg menyebabkan alahan (gula pasir, coklat, susu lembu, ais krim, tepung gndum )..

point ini akan diterangkan dgn lebih lanjut nnti..
Read rest of entry

Tuesday, November 24, 2009

Mengajar Anak Menipu

Menipu, kenapa anak menipu dan dari mana ia belajar menipu. Ini satu persoalan yang kita perlu bincangkan bersama dan perlu kita ambil perhatian.
KENAPA ANAK MENIPU?
Anak mula menipu kerana sebab-sebab tertentu. Di antaranya ialah:
  • Kerana takut tidak diterima (disapproval)
  • Kerana takut menghampakan orang lain, lebih-lebih lagi ibu dan ayah, atuk dan nenek
  • Kerana takut dihukum, dimarahi dan sebagainya
Situasi seperti ini mungkin sering berlaku;
“Adi, jangan la menangis sayang. Ibu dan Ayah hendak pergi kerja. Sekarang senyum dan tinggal baik-baik. Emak dan ayah suka dan sayang ada Adi kalau senyum macam ini.”
Jika ini diulang setiap kali Ibu dan ayah hendak pergi ke mana-mana sahaja tanpa membawa Adi bersama, Adi akan membuat keputusan;
  • Untuk mendapatkan kasih sayang Ibu dan Ayah, saya mesti berhenti menangis dan senyum.
  • Menangis adalah tanda lemah dan akan menyebabkan ibu dan ayah marah. Dengan itu, saya tidak akan menangis.
Adi tidak menangis lagi sungguhpun kadang kala sebak menahan perasaannya tetapi takut untuk menangis. Dia juga akan memaksa dirinya senyum walaupun ia tidak merasa ingin tersenyum dan dengan ini dia telah mula menipu.
Cara yang lebih baik ialah dengan ibu dan ayah menerangkan situasi dengan jelas dan tepat kepada anak
“Sayang, ibu dan ayah hendak pergi kerja. Adi kecil lagi dan dengan itu tidak dibenarkan mengikut emak dan ayah bekerja. Adi tinggal di rumah dan boleh bermain, boleh makan, boleh baca buku, dan juga boleh tidur. Nanti, jam 6 atau 7, Insya Allah, ibu dan ayah akan pulang.”
Dengan kata-kata begini, ucapkan salam dan ajar anak bersalam dan menyambut ucap salam itu. Cium dan peluk ia dengan khusyuk dan terus pergi tanpa menyebut “Jangan menangis, senyumlah sedikit” dan lain-lain.
Mungkin bagi kita, ibu dan ayah, adalah berat untuk meninggalkan anak yang sedang menangis. Anak menangis itu sekejap sahaja, lepas kita pergi, dia akan pulih dan sekiranya orang yang menjaga itu baik, terlatih dan sabar, anak akan terus merasa selamat dengannya.
Ibu dan ayah juga perlu membiasakan balik menemui anak secepat yang boleh. Jangan berlengah-lengah ke tempat lain. Jika terlambat oleh sebab perkara-perkara atau situasi yang tidak dapat dielakkan, eloklah menelefon anak dahulu atau memberitahunya sebelum meninggalkannya pada waktu pagi tadi.
Jika terlambat, jangan membiasakan membeli barang atau makanan sebagai hadiah untuk menggantikan kita. Jika kita mungkir janji dengan cara yang tidak kita sedari, kita juga telah mengajar anak kita menipu.
Situasi seterusnya; “Ain, sayang adik tak?” Ibu bertanya kepada anaknya yang berusia tiga tahun dan meletakkan adiknya yang berusia satu bulan ke atas riba kakaknya. “Tak sayang.” Jawab Ain menolak adiknya. “Eh, berdosa Ain tak sayang adik. Ain mesti sayang adik tau. Adik ini pun anak ibu juga”. Ibu Ain menjawab agak serius dan dukacita.
Apabila ini diperkatakan setiap hari dan apabila Ain memahami jawapannya tidak menggembirakan emaknya, dia akan membuat keputusan “saya akan jawab apa yang ibu mahu saya jawab” tetapi di dalam otak kecilnya masih berkata “tak sayang”.
Ini bermakna apabila Ain ditanya lagi soalan itu, dia akan menjawab “ Tentulah sayang ibu” tetapi sebenarnya dia belum lagi rasa sayang kepada adiknya dan ini bermakna dia telah mula menipu.
Bagaimana pula berhadapan dengan situasi ini.
Ain seharusnya telah diberitahu tentang ketibaan adiknya sejak dari dalam kandungan lagi. Ain juga digalakkan bercakap dan berhubung dengan adiknya dari dalam kandungan lagi. Malahan Ain boleh diberi penghormatan bersama-sama mencadangkan nama adiknya. Pendekatan bonding dengan adiknya ini boleh dibuat setiap hari.
Sekiranya ibu akan bersalin di hospital atau di klinik, Ain mestilah diberitahu tujuan ibunya ke hospital, di mana ibu akan melahirkan adik serta aan membawa adik itu pulang ke rumah.
Adalah baik jika pergi ke klinik atau hospital yang membenarkan suami dan anak-anak lain berada bersama semasa ibu hendak melahirkan anaknya. Dengan cara ini, Ain dapat ditemukan dengan adik barunya, sebaik sahaja adik dilahirkan.
Ain juga boleh bersama mengambil bahagian, membuat apa sahaja persediaan untuk menerima adik barunya seperti memilih baju, lampinnya, dan lain-lain lagi. Ain juga boleh mengambil bahagian menjaga adiknya seperti pergi mengambil lampin adik atau membantu menyapukan krim dan lain-lain.
Sambil ibu sibuk dengan adik baru, aktiviti Ain membaca, menulis, dan membuat sesuatu mesti diteruskan supaya Ain tidak rasa ketinggalan. Ayah juga perlu memainkan peranan membantu ibu.
Sekiranya ibu dan ayah menyediakan Ain sepenuhnya untuk menerima adik, persoalan “Sayang adik tak?” tidak perlu dilafazkan kerana ibu dan ayah sudah yakin Ain sayangkan adiknya.
Itu adalah dua situasi harian yang biasa dilalui tetapi kita tidak sedar ianya dapat menanamkan bibit-biti penipuan dalam pemikiran anak-anak. Berhati-hatilah dalam berkata-berkata dalam kehidupan kita seharian kerana mungkin secara tidak sengaja, kita telah mengajar anak kita menipu.


Dato' Dr. Norlaily bte Dato' Abu Bakar
Institut Pembangunan Keluarga dan Anak-anak NURY.


Read rest of entry

Friday, November 20, 2009

Khasiat Air

Berikut adalah hasil kajian tentang Khasiat Air adalah untuk dijadikan amalan harian kita dan anak-anak.

PEMAHAMAN2 ASAS

Elok jika kita sama-sama menyedari bahawa tubuh badan kita yang zahir (“physical”) termasuk otak dan sistem saraf manusia dibina dengan jutaan sel (75 trillion). Setiap satu memerlukan makanan, oksigen, mengalami proses penghazaman, pembuangan, pembinaan, dan mati.


SEL-SEL OTAK & CARA-CARA IA BERFUNGSI

“Sel-sel itu dibina, hidup, berfungsi, makan, perlu dibersihkan ...” Sel-sel wujud dan berfungsi sebagai organ-organ yang hidup dan mempunyai jentera-jentera yang mutlak. Mereka memerlukan bahan pembinaan (protin atau asid amino dan lemak), bahan tenaga (glukos dan oksigen), bahan ‘pelincir’ dan ‘katalisator’ (enzim, co-enzim, vitamin, zat galian, dll.), bahan penghantar dan pembesar (hormon, asid nitric), dan air serta suhu yang tepat.
Bahan-bahan dibekalkan melalui proses penukaran di sempadan darah dengan sel (blood-brain barrier) dan digunakan melalui proses-proses receptor-transfer bagi sel-sel badan, dan melalui synapse-transfer bagi sel-sel otak-saraf di mana tindakan-tindakan yang terlibat di dalam proses transmissi dan rangkaian berlaku.
Bahan-bahan ini juga mesti wujud dan hadir dalam sukatan, pati kepekatan, campuran dan jenis yang tertentu pada setiap detik. Ia juga mengambil kira fungsi-fungsi yang perlu dilakukan berdasarkan stimulasi atau desakan yang timbul pada detik-detik waktu itu. Jika faktor-faktor ini tidak wujud, fungsi-fungsi yang dihasilkan tidaklah mempunyai kekesanan yang sempurna.
Dalam semua proses-proses ini, AIR merupakan bahan yang amat penting selaku transport system dan landasan kimia (chemical base) memandangkan sel-sel berfungsi dalam bentuk proses-proses kimia dan elektrik. Oleh sebab-sebab ini dan keterangan berikut, AIR amatlah penting, dan kita perlu memenuhi keperluannya.

‘AIR’ ITU MAKANAN & PENAWAR



Sel-sel dan tisu-tisu dalam badan kita memerlukan AIR untuk :

1. Proses penghadaman
2. Mengangkut zat makanan dan oksigen ke sel-sel
3. Mengangkut dan membuang bahan-bahan racun
4. Menyejukkan suhu badan
5. Melembutkan dan melincirkan sendi-sendi
6. Memecahkan lemak dan mengangkut atau membuangnya


Jika bekalan AIR berkurangan, masalah-masalah berikut akan timbul:

1. Darah bertambah pekat dan alirannya akan terganggu
2. Bila pekat, sel-sel immune mengalami kesukaran bergerak dan memerlukan lebih banyak tenaga.
Akibatnya, sistem ketahanan (“immune system”) tergugat.
3. Bahan-bahan racun dalam badan tidak dapat dialirkan keluar
4. Organ-organ tidak cukup air untuk disiram (atau ‘flush’)
5. Masalah batu karang mudah timbul
6. Lemak mudah terlekat di tisu-tisu: akibatnya - mudah gemuk
7. Otot-otot bertambah lembek dan tidak kental atau kuat
8. Proses dan mutu penghadaman akan merosot
9. Bahan-bahan makanan yang tidak dihadam menjadi busuk
10. Kelebihan racun yang tidak dibuang menggugat sel-sel
11. Kerana sel-sel tergugat, kelebihan air akan bertakung
12. Vitamin, zat galian dan enzim-enzim lain tidak dapat diproses dan tidak dapat disalurkan ke sel-sel
dan tisu-tisu.


SISTEM IMMUNE & KESELAMATAN BUAH PINGGANG

Anak kita pernah makan makanan yang mengandungi banyak gula atau garam. Banyak juga makanan yang mengandungi karbohidrat (potato chips, french fries, dsb). Makanan-makanan seperti ini membuat darah bertambah pekat. Ia menggugat perjalanan sel-sel immune yang bertugas membunuh bakteria atau virus. Kesannya: sistem ketahanan menjadi lemah.
Lebih dari itu, hal-hal ini membuat buah pinggang perlu bekerja lebih kuat (oleh sebab terpaksa memproseskan darah yang bertambah pekat) dan ini labat-laun memecahkan tubules dalam buah pinggang yang diperlukan untuk menapis. Jika tubules rosak, proses tapisan akan tergendala. Banyak problem … kidney failure … dialysis .. dll.
Anak juga tidak digalakkan minum mineral water kerana (selain dari harga yang mahal) mineral yang berlebihan menimbulkan masalah yang serupa kepada buah pinggang dan tubules-nya.


KEPERLUAN AIR SETIAP HARI



* Dewasa memerlukan 8-15 gelas air sehari; bagi anak … 8-10.
* Jika bersenam atau semasa cuaca panas, air ditambah 13-14 gelas sehari
* Bagi orang-orang yang berat badannya berlebihan, tambahan diperlukan setiap hari, iaitu 1 gelas
ditambah bagi setiap 10-11kg berat badan yang berlebihan.


JANGAN MAKAN BERULAMKAN AIR



Kami juga galakkan anak minum sebelum atau selepas makan. Jangan minum semasa makan kerana air akan mencairkan asid yang diperlukan untuk penghadaman. Jika makanan tidak lengkap dipecahkan oleh asid, ia menjadi “pekasam”, busuk dan sumber pembiakan bakteria.


ADAB & SUNNAH



Kita juga perlu menjaga adab meminum dengan Basmallah, sedikit-dikit, jangan teguk sekali gus, dan peganglah gelas dengan tangan kanan.



Wallahu`alam bissawab


Mansor Haji Sukaimi
Konsultan NURY



Read rest of entry

Thursday, November 19, 2009

Sentuhan Papa Belaian Mama

Terbitan : Tinta Ori
Harga : RM 12.00

~ buku ini mengandungi tip-tip mudah yang sangat praktikal utuk membentuk perkembangan anak-anak sejak kecil.


Isi kandungan :

  • Anak lelaki sbg pelindung
" Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaun wanita kerana Allah telah melebihkan
sebahagian mereka (kaum lelaki) atas sebahagian yang lain(kaum wanita) dan kerana
mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harga mereka."
(surah an-Nisa' : 34)
  • mendekati Anak-anak & buat mereka rasa istimewa
  • Kadang kala kanak-kanak tidak suka kejutan
"Sebagai ibubapa, kita selalu merasakan kita memiliki authority terhadap anak-anak. Jadi,
banyak perkara yang kita lakukan tidak mendapat kebenaran atau kelulusan mereka."
  • Ciuman dan pelukan penawar
"Anak-anak memerlukan kekuatan bagi bersandar, memerlukan dada sebagai tempat
menangis dan memerlukan contoh bagi dipelajari."
  • Usahawan kecil
  • Kemahiran manipulasi
" Semua kanak-kanak dilahirkan kreatif. Ibubapalah yang membunuh ataupun
menggalakkan kanak-kanak itu mengekalkan sikap itu sehingga dewasa."
  • Suburkan minat anak
  • Buka dan Tutup
  • "I want to marry you mum"
  • Air pasang pagi
  • Timang tinggi-tinggi
" Menimang anak semasa bayi sangat baik untuk membina daya imbangan, gerak geri dan
koordinasi sistem pertuturan, gerak geri jari halus dan membina otot-otot."
  • Congkak dan matematik
  • Tabung orang miskin
  • Serulah nama anak-anak dgn nama yg baik
"Nama yang baik lebih berharga dari rupa yang cantik."
  • Had dan peraturan
"Kanak-kanak adalah ibarat simen basah. Setiap yang jatuh ke atasnya pasti memberikan
kesan."
  • Siakap senohong gelama ikan duri
  • Persaingan adik-beradik
  • Ayah sebagai pembentuk disiplin anak
  • Teknik-teknik mengawal amukan
~ Seisi keluarga mesti sepakat dan tegas dalam menangani masalah mengamuk ini. Jangan
pula ibu tegas tapi ayah tidak atau sebaliknya. Ini tidak membantu anak untuk berubah.
  • Seimbang
  • Penutup
- Doa itu senjata org mukmin.
- antara doa2 yang terkandung ialah :
  1. doa untuk membantu anak mudah belajar
  2. doa untuk mendapat zuriat yang baik
Read rest of entry

Wednesday, September 30, 2009

Penjagaan Gigi Anak

Jaga gigi sejak bayi lagi.

BARISAN gigi yang cantik, kemas, putih dan berseri sebenarnya harus dijaga sejak bayi lagi. Pakar pergigian, Klinik Pergigian Halizah, Dr. Halizah Hashim berkata, kebanyakan ibu bapa memandang remeh cara dan tahap penjagaan gigi anak-anak, ini semua kerana kurangnya pendedahan terhadap kaedah penjagaan gigi.Menurut beliau, pembentukan gigi sebenarnya bermula di peringkat janin iaitu semasa kandungan berusia lima dan enam bulan.
Gigi susu atau gigi yang akan berganti akan tumbuh. Biasanya kesemua 20 batang gigi susu akan tumbuh pada pada umur tiga tahun.Oleh itu, pengambilan makanan oleh ibu terutama kalsium ketika mengandung adalah penting kerana ia akan mempengaruhi pembentukan gigi pada janin itu sendiri.
Sebaik sahaja anak tumbuh gigi pada peringkat bayi, ibu bapa perlu mempunyai tabiat membersihkan gigi bayi dengan menggunakan tuala basah atau kain lembut, katanya.Beliau juga menyarankan ibu bapa supaya membersihkan gusi bayi menggunakan tuala basah dan lembut selepas bayi selesai menyusu.Langkah ini bertujuan untuk mengelak sisa susu tertinggal di dalam mulut dan seterusnya terbentuk karies gigi, jelasnya.
Dr. Halizah memberitahu, gigi kekal yang kita miliki hari ini sebenarnya bermula daripada gigi susu yang tumbuh pada usia enam bulan. Beliau juga memberitahu setiap gigi ada jadual pertumbuhan yang berbeza di mulai dengan gigi hadapan sebelum gigi di bahagian lain. Justeru itu, amat penting ibu bapa mengajar anak mengenai penjagaan gigi sejak kecil. Ajar anak-anak menggosok gigi mengikut jadual setiap pagi dan malam. Pastikan juga ibu bapa menjaga gigi dan jika boleh lakukan bersama anak-anak, jelasnya.
Menurut Dr. Halizah, selalunya gigi susu kanak-kanak akan penuh apabila umur mereka menjangkau usia setahun lebih hingga tiga tahun. Ketika itu anak-anak boleh diajar untuk menggunakan berus gigi yang lembut untuk menggosok gigi. Tip berjumpa doktor gigi kepada anak-anak :
* Seawal usia dua tahun, ibu bapa disaran membawa anak berjumpa doktor gigi walaupun tiada masalah. Jangan menunggu sehingga sakit kerana akan meninggalkan pengalaman ngeri anak terhadap doktor.
* Lawatan pertama itu cukup sekadar pemeriksaan dan membiasakan anak-anak untuk berkenalan dengan doktor gigi.
* Lawatan berikutnya selepas enam bulan untuk melihat kerosakan gigi. Jadikan lawatan ke doktor gigi sebagai family outing. Rasa gerun pada doktor gigi akan hilang dengan sendirinya apabila dipupuk sejak kecil.
* Galakkan anak minum air kosong selepas menyusu badan atau susu botol.
* Jika anak makan makanan manis, ajar mereka bersihkan gigi selepas itu.
* Elakkan memberi anak air yang manis dalam botol ketika hendak tidur.
* Ubat-ubatan untuk kanak-kanak selalunya mengandungi gula. Cuba minta ubat yang kurang gula, Jika tidak berikan air kosong selepas mengambil ubat untuk membersihkan gula yang terlekat di celah-celah gigi.
* Jangan biarkan anak-anak tertidur dengan puting susu masih di mulut kerana ia akan menyebabkan karies gigi.
Read rest of entry

Wednesday, July 8, 2009

Anak Pintar


Anak pintar ...perlu dirangsang mengikut minat



ANAK-anak dikurniakan Tuhan dengan kebolehan yang pelbagai. Mungkin daripada seorang anak ke seorang anak yang lain mempunyai kepintaran serta kecerdasan yang berbeza.

Ibu memainkan peranan penting untuk memerhati dan menggalakkan anak mengembangkan kepintaran mereka ke arah yang lebih berjaya.

Kecerdasan umumnya boleh dibahagikan kepada tujuh aspek iaitu:- pintar bahasa, pintar ruang, pintar pergerakan, pintar logik angka, pintar pergaulan, pintar pendengaran dan pintar diri.

Keupayaan ibu bapa mengesan dan seterusnya merangsang kecerdasan tersebut memberi kelebihan kepada setiap anak yang dibesarkan.

Bekas Metron Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Surinah Sangari yang berpengalaman dalam bidang keibubapaan dan pendidikan anak-anak, sewaktu ditemui di Subang Jaya menjelaskan, ibu yang merupakan pendidik sejati perlu mendedahkan kemahiran dalam pembelajaran kepada setiap anak seawal yang mungkin.

Beliau yang sering dijemput oleh LPPKN untuk memberikan ceramah berhubung dengan kekeluargaan menyatakan, kebijaksanaan ibu mengesan kebolehan anak amat diperlukan agar galakan pada peringkat awal dapat diberikan.

Sebagai panduan Surinah turut menghuraikan tentang tujuh kecerdasan atau kepintaran anak:



  • Pintar bahasa - boleh dikesan daripada bakat anak berhujah, mengeluarkan perkataan yang bernas dan jika diasah mampu melahirkan seorang pelakon, peguam atau novelis.
  • Pintar logik angka - mereka yang bijak dalam matematik dan berkebolehan dalam bidang-bidang yang berhubung dengannya boleh diasuh sehingga melahirkan anak-anak sebagai akauntan, pengaturcara komputer dan saintis.

Kadangkala ibu dapat mengesan dua bakat dalam diri anak. Kedua-dua kebolehan ini boleh diimbangkan.

Beliau memberi contoh, jika pintar matematik, sebaliknya anak tersebut dikesan berbakat dalam sukan. Keduanya patut digalakkan kerana boleh diseimbangkan.

"Sebenarnya bermain juga memerlukan daya intelek, '' katanya.

  • Pintar pendengaran - cuba perhatikan anak anda adakah dia boleh mengulang kaji pelajaran sambil mendengar radio? Ada yang boleh melakukannya kerana muzik merangsang minda mereka.
Jika ada yang terangsang dengan muzik seperti berupaya menggerakkan tubuh mengikut rentak. Cuba perhatikan kebolehan mereka, jika mempunyai minat terhadap muzik elok dihantar ke sekolah muzik
  • Pintar ruang - boleh dilihat apabila anak boleh mengecam dengan baik, cekap membaca peta dan melukis perlu dijuruskan kepada bidangnya seperti animasi, jurubina, hiasan dalaman dan pengembara.
Semua ini memerlukan rangsangan daripada keluarga agar kebolehan yang ditunjukkan boleh dimanfaatkan apabila mereka besar kelak.

Mendidik anak masa kini memang berbeza. Anak-anak sekarang lebih cerdik dan patut ke arah menghidupkan kebolehan dan bakat semula jadi yang dimiliki.

  • Pintar diri- anak-anak yang suka bersendiri, suka berfikir, gemar membaca dan menyelidik. Anak-anak yang begini berkemungkinan menjadi penyajak yang baik, ahli psikologi atau ahli falsafah.
  • Pintar pergaulan- anak-anak yang gemar dengan aktiviti sosial, sering mengambil bahagian dalam kegiatan sekolah dan dapat menyesuaikan diri dengan orang ramai. Jika bakatnya dapat dididik dengan baik mereka berpotensi menjadi ahli politik, kaunselor atau jurujual.
  • Pintar pergerakan- anak-anak yang mampu melakukan sesuatu dengan pantas dan mempunyai sikap teliti sesuai menjadi seorang pakar bedah, juruukur dan penari yang berjaya.

Kadangkala apabila dipaksa dalam sesuatu bidang dia boleh menjayakannya tetapi apabila dewasa lebih memilih bidang-bidang yang digemari.

Beliau memberi contoh, doktor atau jurubina berbakat dalam menyanyi dan sanggup meninggalkan profesion masing-masing untuk menjadi seorang penyanyi

Ujarnya lagi, "persekitaran juga membantu menumbuhkan minat anak-anak. Itulah sebabnya kita dapat melihat dalam satu keluarga peguam atau doktor ramai anak-anaknya turut menjadi doktor atau peguam.

Kadangkala cita-cita ibu bapa berjaya diterapkan ke dalam diri anak, ini suatu yang murni. Tetapi mereka harus ingat anak-anak juga ada pilihan dan minat yang tersendiri.

"Faktor persekitaran juga mempengaruhi pembentukan anak, oleh itu ibu bapa mestilah mempunyai sedikit penapisan umpamanya menonton televisyen bersama anak agar jika ada adegan yang tidak begitu sesuai dapat diperjelaskan kepada anak,'' jelasnya.

Sebagai ibu bapa, anak-anak perlu diutamakan. Sediakan keperluan mereka secukupnya dan pastikan mereka mendapat belaian kasih sayang.

Selain ibu, bapa juga harus memainkan peranan penting membantu ibu merangsang perkembangan anak dan permasalahan anak perlu ditangani bersama.

"Rapatkan diri dengan anak, luahkan perasaan kepada mereka agar mereka juga belajar meluahkan perasaan kepada ibu bapanya. Carilah peluang untuk menyatakan kasih sayang kepada anak-anak,'' kata Surinah lagi.

Jika lambat pulang ibu bapa patut menghubungi mereka di rumah.

Sekiranya berjanji tunaikan janji agar kepercayaan mereka kepada ibu bapa tidak pudar.

"Ingatlah anak-anak adalah amanah Allah dan kita perlu meninggalkan zuriat yang kuat. Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa agar melahirkan anak yang mempunyai matlamat dalam hidup,'' terang Surinah.



Read rest of entry

Didik Anak Ikut Usia


Ketika otak sedang berkembang inilah masa paling sesuai untuk mendidik dan mengasuh anak-anak dengan perkara-perkara yang baik serta merangsang kebolehannya dengan pesat.

Menurut bekas Metron Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Surinah Sangari, yang masih aktif memberikan ceramah berhubung dengan ibu dan anak, yang ditemui baru-baru ini di Subang Jaya, kesempatan tersebut elok diambil oleh ibu dan ayah untuk membantu anak mengasuh kebolehan mentalnya melalui pendidikan bahasa kerana dalam usia ini mereka cepat dapat.

"Dalam hubungan ini, bukan pula bermakna perkembangan mental selepas itu terbantut dan terhenti kerana proses ini berlaku seumur hidup seseorang insan. Sebagai contoh banyak orang berusia berjaya melanjutkan pelajaran dengan cemerlang,'' katanya.

Tidak dinafikan ada anak-anak yang ketika kecil memang cerdas tetapi apabila besar kecerdasan mereka merosot. Ini berlaku kerana kurang ransangan di sekolah atau di rumah.

Anak berada di sekolah cuma lima jam selebihnya di rumah. Ibu bapa perlu menerapkan pelbagai bentuk pendidikan umpamanya pendidikan sosial, disiplin, mengenal sesuatu dan sebagainya.

Beliau turut menekankan tentang betapa ibu bapa patut meninggalkan budaya yang negatif agar tidak mempengaruhi anak kerana mereka turut mempelajari sesuatu daripada apa yang dilakukan oleh orang dewasa.

"Ibu bapa adalah contoh terbaik anak-anak, oleh itu kita perlu bertingkah laku seperti yang kita hendak anak-anak lakukan.

"Dalam usia ini sesuai diterapkan dengan disiplin dan peradaban yang baik, jangan sampai anak memecahkan barang orang pun dibiarkan. Perangai begini akan terbawa-bawa hingga dewasa,'' tegas Surinah.

Sebenarnya asuhan disiplin hendaklah diberikan bermula dari anak masih kecil lagi. Antaranya kebiasaan kebanyakan ibu apabila bayi menangis terus saja diangkat tanpa mencari punca tangisannya menyebabkan anak merasa begitu mudah memancing ibunya. Perlakuan ini samalah juga dengan memberi apa saja yang dimahukan dalam hidup.

Sebaiknya kalau anak menangis cari sebab mengapa dia menangis adakah kerana lapar, basah, digigit nyamuk atau kurang sihat.

Alihkan perhatiannya agar tidak menangis seperti berikan permainan yang diminati.

Beliau menjelaskan, peringkat usia dua tahun dipanggil 'peringkat negatif' kerana anak menganggap dirinya cerdik dan mahu melakukan sesuatu untuk menguji diri serta kebolehannya. Pada peringkat ini juga mereka seolah-olah mahu mengetahui sejauh mana ibu bapa boleh bertoleransi dengan kerenahnya.

Beliau memberi contoh, jika membawa anak-anak ke kedai yang ada menjual permainan sesetengah anak-anak akan menangis dan bergolek di lantai jika kehendak mereka tidak dipenuhi.

Bagi mengelakkan malu atau anak terus meragam, ada ibu bapa terpaksa membelikan apa yang diminta.

Tindakan ini kurang tepat, sebaliknya gunakan kebijaksanaan untuk menerangkan kepada anak mengapa permainan ini tidak boleh dibeli dan cari alternatif lain bagi mengatasi masalah. Sebaiknya elakkan membawa anak ke sana lagi.

Pada peringkat tersebut anak-anak sudah pandai berkawan dengan rakan-rakan sebaya yang lain. Satu perkara yang perlu dipelajari oleh mereka adalah berkongsi permainan. Sebaiknya belikan permainan yang boleh dikongsi bersama kawan.

Selain bergaul mereka juga belajar melalui bermain, satu perkara yang boleh dikongsi bersama ialah belajar menunggu giliran.

Ibu bapa dahulu sering mengasingkan anak kiranya tetamu datang berkunjung atas alasan menganggu tetamu. Perbuatan ini tidak menggalakan aktiviti sosiolnya.

Sebaliknya libatkan anak duduk bersama ketika ibu melayan tetamu agar dia belajar disiplin, bagaimana bergaul dan bercakap dengan betul.

Satu lagi cara menggalakan mereka bersosial dengan membawa anak ke rumah kenalan atau keluarga bagi membiasakan mereka bergaul.

Semua ini amat mempengaruhi kehidupan hingga mereka besar kelak. Jika tidak dibiasakan sejak kecil, anak menjadi tidak selesa bergaul dengan saudara mara.

Implikasinya dapat dilihat ada anak yang tidak berminat untuk mengunjungi rumah datuk neneknya.

Satu lagi caranya libatkan anak dengan aktiviti sihat seperti sering menyertai pertandingan bercerita atau aktiviti fizikal agar berpeluang belajar berinteraksi dengan orang lain.

Latihan di meja makan juga penting agar anak memahami bagaimana bertertib ketika makan.

Sebagai ibu bapa seharusnya peka dengan pelbagai gejala kurang sihat seperti penganiayaan seks di kalangan anak-anak yang masih kecil.

Di kala anak sedang meningkat besar elok diterapkan pendidikan bagaimana mengawal keselamatan diri.

Ajar mereka tentang mengenal niat buruk orang yang tidak dikenali. Katakan kepadanya bukan semua orang boleh dianggap seperti ibu atau bapa.

Terangkan juga tentang keselamatan seksual, anak perempuan jangan ditinggalkan dengan sebarang orang. Jika perlu ditinggalkan pilihlah yang benar-benar boleh dipercayai.

Keadaan ibu bapa yang bekerja memaksa mereka menghantar anak ke taska kerana ketiadaan pembantu rumah. Sebaiknya pilihlah yang bertauliah.

Di sini bukan saja tempat meninggalkan anak tetapi pengasuh bertugas berperanan menggantikan tugas ibu (walaupun tugas ini tiada pengganti) mendidik kebiasaan yang baik kepada anak.

Bagi memenuhi peranan ini pilihlah yang memberikan didikan moral dan agama sesuai dengan perkembangan usia anak-anak.

Read rest of entry

Kesilapan Ibubapa


KESILAPAN IBUBAPA

Oleh Khadijah Mohd. Nor

Tidak menjawab persoalan anak-anak, meninggi suara dan menengking tidak membantu mengembangkan minda anak-anak.

IBU BAPA tidak seharusnya membezakan anak mereka dengan orang lain.

APABILA anak mencecah usia setahun dan ke atas, waktu itu merupakan fasa tumbesaran yang amat penting dan perlu diawasi dengan baik.

Pada usia beginilah, mereka mula mempunyai keinginan untuk meneroka perkara-perkara baru dalam kehidupan. Malah, tempoh ini juga dianggap sebagai cabaran untuk ibu bapa menjalankan tanggungjawab mendidik anak-anak.

Menurut Perunding Psikologi Kanak-Kanak, Dr. Goh Chee Leong, kebanyakan ibu bapa pasti berasa bimbang jika perkembangan mental anak mereka tidak seperti yang diharapkan atau tidak sama seperti anak orang lain. Tetapi, sebenarnya mereka tidak perlu risau kerana setiap anak mempunyai kelebihan masing-masing.

"Biasanya setiap kanak-kanak akan melalui proses perkembangan minda dan fizikal secara semula jadi. Ada di antara mereka yang cepat tumbuh gigi tetapi lambat bercakap, ada pula yang cepat bercakap tapi lambat berjalan dan begitulah sebaliknya.

"Kebimbangan ibu bapa tentang kepantasan anak-anak belajar ada benarnya. Namun, jangan sampai ia menjadi sebab anda memaksa sehingga memberi tekanan kepada mereka mempelajari sesuatu contohnya bercakap, membaca dan mengajar anak ke tandas.

"Harus diingat setiap kanak-kanak akan melalui proses pembelajaran sendiri dan mereka memerlukan waktu untuk memahaminya. Justeru sebagai ibu bapa, jangan sesekali cuba menyekat kreativiti atau kelakuan anak-anak selagi ia tidak membahayakan mereka," kata Dr. Goh ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.


KANAK-KANAK ingin meneroka perkara-perkara baru dalam kehidupan.

Apa yang penting kata Goh, ibu bapa tidak seharusnya membezakan anak mereka dengan orang lain yang mungkin lebih terdahulu dalam segala hal berkaitan perkembangan minda mereka.

Jika hal ini berlaku, ia secara tidak langsung menjejaskan emosi anak-anak dan membuatkan mereka rasa rendah diri. "Ibu bapa harus belajar memahami bagaimana pembesaran anak-anak secara berperingkat.

"Dalam hal ini, setiap ibu bapa perlu banyak bersabar dalam mendidik anak mereka. Pendekatan secara lembut dan berhemah penting dalam proses mendidik anak-anak yang berusia satu hingga lima tahun. Ini kerana pada peringkat inilah mereka belajar daripada pemerhatian terutama apa yang dilakukan oleh ibubapa sendiri."


SEDIAKAN bahan permainan yang boleh dan mampu membantu mereka membina kecerdasan otak.


Apakah langkah paling ideal dalam mendidik anak-anak pada peringkat awal usia? Goh berkata, ibu bapa perlu menyediakan suasana pembelajaran yang sihat untuk anak-anak mereka.

"Sebagai contoh, di rumah ibu bapa boleh mencipta satu ruang untuk anak-anak bermain sambil meneroka sesuatu yang baru dalam kehidupan mereka. Dedahkan mereka untuk menerima pengetahuan dengan menyediakan bahan permainan yang boleh dan mampu membantu mereka membina kecerdasan otak.

Di samping itu, pensyarah dari Kolej Universiti HELP ini menegaskan, antara kesilapan yang sering dilakukan ibu bapa ialah tidak menjawab setiap persoalan yang dilontarkan oleh anak-anak yang masih kecil.

Perkara ini sekali gus akan menyekat perkembangan minda mereka kerana jawapan yang diminta tidak diberikan.

"Pada usia sebegini, anak-anak perlu diberi jawapan pada setiap pertanyaan. Untuk itu, ibu bapa harus menyediakan diri dengan ilmu-ilmu berkaitan dan jangan sesekali mengelak dan menukar topik jika tidak mampu menjawabnya."

Goh menekankan bahawa jika anak-anak melakukan sesuatu kesalahan, ibu bapa mempunyai hak untuk memarahi mereka tetapi dengan cara tersendiri dan bukan menengking atau meninggikan suara.

"Memarahi anak-anak bukan satu kesalahan, sebaliknya salah satu cara untuk mendidik mereka mengenai perkara yang tidak seharusnya dilakukan. Bagaimanapun, menengking bukan jalan penyelesaiannya tetapi kemarahan itu hendaklah disalurkan dengan cara yang betul dan mampu memberi kesan pada si anak," tutur Goh

Read rest of entry

Cedera Otak


Positif Tangani Anak Cedera Otak
Oleh: Noor Fazrina Kamal

APABILA anak-anak terlebih aktif, tidak menangis apabila jatuh dari tempat tinggi, kurang kepekaan merasa atau lambat respons terhadap sesuatu perkara yang menggemparkan, anda perlu berhati-hati! Terdapat kemungkinan anak anda mengalami kecederaan otak.

Masyarakat yang menyaksikan senario tersebut pula besar kemungkinan melabelkan anak anda sebagai cacat akal, hiperaktif, lembam, menghidapi penyakit cerebral palsy, autisme, epilepsi atau mungkin juga Down Sindrom. Ibu bapa pula yang tidak mempunyai ilmu perubatan secukupnya mungkin hanya akan membiarkan keadaan tersebut dan menganggapnya sebagai takdir semata-mata.

Bergantung pada apakah kecederaan otak yang dihadapi, anak-anak pastinya akan berhadapan dengan masalah tertentu seperti pergerakan lambat, masalah penglihatan, pendengaran, pertuturan, pembelajaran atau mungkin juga gabungan antara semua masalah tersebut.

Lebih teruk jika anak tersebut mengalami masalah lain seperti alahan, masalah penghadaman serta masalah kesihatan lain yang boleh menjurus kepada taraf kesihatannya secara keseluruhan.

Dan jika anda membiarkan sahaja perkara tersebut, ia akan menjadi lebih teruk. Padahal kecederaan otak tersebut sebenarnya boleh dirawat hingga anak menjadi normal kembali.

Pakar Terapi Fizikal Institutes for The Achievement of Human Potential (IAHP), Glenn Doman berkata, otak adalah organ utama yang menentukan kelancaran pergerakan seluruh badan.

"Terdapat lima deria yang boleh ditafsir oleh otak iaitu penglihatan, pendengaran, merasa, perasaan dan bau. Manusia mempelajari sesuatu menerusi lima deria ini," jelas beliau.

Doman berkata, terdapat ribuan cara untuk merangsang otak melalui lima pancaindera tersebut.

"Apabila salah satu fungsi otak dapat dipertingkat, maka fungsi lain juga boleh dipertingkat ke tahap tertentu. Perlu diingat, otak semakin berkembang apabila digunakan dan dirangsang," kata penulis buku What To Do About Your Brain-Injured Child ini.

Doman berkata, ramai orang beranggapan bahawa tahap keupayaan otak adalah sama sejak dilahirkan hingga besar.

Tanggapan tersebut tidak benar sama sekali kerana otak sebenarnya boleh berkembang apabila kita menggunakan cara rangsangan yang betul, bergantung kepada tahap kecederaannya.

Beliau juga percaya bahawa disebabkan pembangunan neurologi kanak-kanak yang mengalami kecederaan otak boleh dipercepat, perkara yang sama boleh dilakukan kepada kanak-kanak yang sihat.

"Apabila kecederaan berlaku, ia sebenarnya berlaku di dalam otak. Merawati simptom otak tersebut tidak memberi harapan semata-mata tetapi harus diingat, kanak-kanak yang mengalami kecederaan otak bukanlah tidak mempunyai harapan untuk menjadi normal, cuma perhatian dan cara rawatan perlulah berterusan dan teknik yang betul," jelasnya.

Menurut Doman, rawatan dan terapi pada anak-anak yang mengalami kecederaan otak dilakukan pada pelbagai frasa seperti pergerakan, kepintaran, komunikasi, cara pergaulan, pemakanan, perubatan dan pembedahan jika perlu.

"Ibu bapa yang mempunyai anak yang mengalami simptom yang disebutkan di atas perlu tahu bahawa beribu-ribu kanak-kanak di seluruh dunia yang pernah mengalami kecederaan otak kini dalam proses untuk menjadi normal dan ramai juga yang telah berjaya dalam rawatan mereka.

Setiap ibu bapa harus mengambil langkah proaktif untuk memberi harapan kepada anak yang mengalami kecederaan otak untuk menempuhi kehidupan normal seperti kanak-kanak lain," tambahnya.

Pesan Doman, sebagai ibu bapa yang mempunyai anak yang mengalami kecederaan otak, perlu mempunyai sikap-sikap seperti di bawah :-

  • Jangan ada istilah 'tiada harapan' dalam diri.
  • Masa adalah 'musuh' pada kanak-kanak yang mengalami kecederaan otak, lebih cepat mendapat rawatan, lebih cerah harapan untuk menjadi normal.
  • Jangan biarkan anak anda menjadi mangsa rawatan alternatif yang anda sendiri tidak pasti keberkesanannya.
  • Beri penerangan pada ahli keluarga lain mengapa rawatan perlu pada anak anda.
  • Yakin pada potensi yang ada pada anak, hanya anda yang mengetahui tentang diri anak anda sepenuhnya.
  • Anak anda itu sebenarnya lagi tabah daripada yang anda fikirkan.
  • Anak itulah yang paling berani dalam ahli keluarga anda.
  • Anak anda berhak untuk mendapatkan yang terbaik dan andalah yang perlu mencarinya untuk mereka.
  • Akhir sekali, ibu bapa jangan sekali-kali mengaku kalah.
Read rest of entry

Sindrom Lambat Membaca (DISLEKSIA)


Mengajar anak membaca di awal usia dapat membantu ibubapa mengenalpasti/mengesan masalah anak lebih awal dan sekaligus dapat mencari penyelesaian dengan cepat.

Kesihatan Anak: Sindrom lambat membaca
Oleh Nurul Nadia Mohd Kamaruzaman


Disleksia disebabkan oleh kerosakan pada kebolehan otak untuk menterjemahkan imej tulisan kepada kefahaman


BIASANYA kanak-kanak yang berumur tujuh tahun ke atas sudah tahu mengenal huruf, mengeja, membaca dan menulis. Bagaimana pula bagi mereka yang masih tidak mampu melakukan semua itu?

Sesetengah ibu bapa mungkin menganggap anak mereka yang mengalami masalah berkenaan lembap dan malas tanpa berusaha mengenal pasti punca masalah itu berlaku.

Kanak-kanak yang berumur lima tahun ke atas yang masih tidak mampu mengeja dan menulis mungkin disebabkan oleh sejenis sindrom yang dipanggil disleksia. Sindrom lambat membaca ini bukan satu penyakit berbahaya, tetapi kesannya boleh menyebabkan kanak-kanak ketinggalan dalam pembelajaran.

Disleksia disebabkan oleh kerosakan pada kebolehan otak untuk menterjemahkan imej tulisan kepada kefahaman. Ia juga dipanggil sebagai sindrom "lambat baca" di kalangan kanak-kanak.

Kanak-kanak disleksia adalah normal dari segi fizikal, pemikiran dan cara percakapan tetapi yang membezakan mereka daripada kanak-kanak lain ialah kesukaran membentuk satu kefahaman bagi sesuatu huruf serta menyebutnya.

Rawatan bagi sindrom ini adalah dengan menyertai pelbagai jenis program pembelajaran bagi membentuk minat mereka untuk membaca dan menulis. Sokongan padu amat penting bagi kanak-kanak terbabit.

Presiden Persatuan Kanak-Kanak Disleksia Wilayah Persekutuan, Sariah Amirin, berkata sindrom disleksia agak sukar dikenal pasti kerana ia tidak seperti sindrom atau penyakit lain.

"Jika kanak-kanak mula menunjukkan kelewatan bercakap dengan fasih, lambat mengenal pasti huruf serta menyanyi, mereka mungkin berisiko mengalami disleksia.

"Apabila mereka mula memasuki alam persekolahan keadaan itu akan kelihatan lebih ketara termasuk ketidakupayaan mengenal huruf, membaca, memahami, cepat lupa serta menterbalikkan huruf.

"Kanak-kanak ini juga membaca dari kanan ke kiri, tidak dapat membezakan persamaan perkataan dan kesukaran untuk menyebut ayat yang dieja," katanya.

Disleksia juga boleh diklasifikasikan sebagai kelewatan pembelajaran dari segi umur daripada yang sepatutnya. Kebanyakan kanak-kanak yang berumur enam tahun sudah mampu untuk belajar membaca, tetapi bagi kanak-kanak disleksia, mereka tidak dapat memahami asas pembacaan walaupun sudah mencapai Tahun Satu.

"Tiada ujian tunggal yang dilakukan untuk mengenal pasti disleksia. Penilaian diagnosis yang dilakukan adalah berkaitan dengan perubatan, proses mengenal (kognitif), pengolahan pancaindera dan sejarah perubatan keluarga.

"Rawatan dari segi psikologi juga patut diberikan kepada kanak-kanak ini. Ini boleh menentukan bahawa mereka mengalami masalah sosiol atau tidak. Sifat bimbang atau tekanan yang dihadapi akibat kesukaran penerimaan pembelajaran boleh merencatkan kebolehan mereka," katanya.

Komplikasi yang dihidapi oleh kanak-kanak disleksia ini mampu menjejaskan mata pelajaran lain seperti matematik. Selain itu disebabkan membaca adalah perkara asas dalam keseluruhan pembelajaran, kanak-kanak ini akan menghadapi masalah untuk meneruskannya ke peringkat paling tinggi.

Sariah berkata, rawatan pemulihan bagi kanak-kanak ini adalah melalui program pengajaran yang bersesuaian.

Katanya, pengajar perlu menggunakan teknik mendengar, melihat dan sentuhan untuk membantu meningkatkan kemahiran pembacaan mereka.

"Anda boleh membantu dengan cara membacakan buku kepada mereka bagi membantu mereka menyebut sesuatu huruf itu dengan baik.

"Bagi mereka yang tidak boleh membaca, sesi pengajaran mesti dilakukan dalam jumlah kumpulan yang kecil setiap minggu. Selain itu, sokongan keluarga adalah peluang paling besar bagi menyembuhkan disleksia katanya.

Beliau berkata, ibu bapa perlu banyak meluangkan masa bercakap dengan mereka dan memberi semangat kepada mereka yang mengalami sindrom disleksia.

Jangan sekali-kali bandingkan mereka dengan kanak-kanak normal lain. Ini mampu menjatuhkan maruah serta semangat mereka," katanya.


FAKTA: Disleksia

Disleksia adalah sejenis sindrom lambat membaca

Kanak-kanak berusia lima tahun boleh dikenal pasti sama ada menghidap disleksia atau tidak.

Kanak-kanak ini adalah normal seperti kanak-kanak lain, malah mereka juga dikatakan lebih bijak dalam berfikir.

Masalah utama penghidap disleksia ialah ketinggalan dalam pelajaran.

Cara pembelajaran yang sesuai dan menarik mampu merawat permasalahan disleksia ini.

Read rest of entry
Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama...

Saya mula berminat mendalami proses perkembangan intelek anak, sejak kandungan pertama pada 2006. Dengan membaca buku2 keluaran NURY, memahami cara pengajaran Glenn Doman dan menggunakan kaedah fonik Bacalah Anakku dalam pengajaran dan pendekatan mendidik anak..


-Nurul Huda Nordin-


Blog Widget by LinkWithin

networkedblogs

 

Recommended Product

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

My Blog List

Pendidikan Awal Kanak-Kanak Copyright © 2009 Shopping Bag is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal