Kejayaan anak-anak kita membaca sebenarnya bergantung juga kepada bahan yang sesuai, kaedah yang tepat, kesungguhan kita dan kesediaan membaca anak-anak pada usia mereka masih kecil.

Kita harus sedar bahawa "Celik huruf bukanlah satu anugerah, tetapi ia adalah hak setiap kanak-kanak" yang harus ditunaikan oleh setiap ibu bapa atau guru.

Friday, June 26, 2009

Shichida Methods

Otak Kanan - Teknik Jepun

Beberapa minggu lepas boss aku ada cakap kat aku yg dia antaq anak die 2 thn pergi Sichida kelas...yakni kelas yg di uruskan oleh jepun melatih anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebif effektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise sikitlah penggunaannya. Kelas ni mahal nak mampus, kalau kelas tadika juanna yg aku nak masukkan tahun depan tu cost nye lebih tinggi dari cost kite satu semester kat ITM, kelas sichida ni satu semester aku rasa sama macam kos satu semester si Noni buat master....tapi boss aku ni atas kesedaran bahawa ramai sgt cine yang pergi kelas tu utk ajar anak2 depa dan melayu cuma setengah kerat aje...dia pun bersetuju ngan niat ikhlasnye untuk ajar aku dan staff melayu yg lain.

Aku pun nak korang practisekan bende ni kat anak korang, sebab baru seminggu aku buat kat anak aku...dah nampak keberkesanannya.

  • Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah....Boleh gak practisekan kat husband ke, tapi kena buat seikhlas hati...kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur, ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kat anak aku sebab die bangun pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia, dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun awal....sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n ahad...
  • Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar nana ABC-Z guna card seminggu je sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek. buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang cepat-cepat..macam..a..b..c..d..e, insya Allah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu...kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar...potonglah gambar kat mana-mana dsb....
  • Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. memang le kite yang kene mengemas tapi takpe.........satu lagi cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh dieorang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi...inipun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan....Korang tau kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai....sebab depa makan guna chopstik...chopstik tumengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.
  • Jgn marah-marah atau tengking anak........sebab depa boleh simpan semuanya dalam otak kiri.......kalau termarah depa, pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die.....
  • Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat dieorang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah merapu takpa.........kita pun bukan tak biasa merapu.......
  • Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option macam....bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develope six sense by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu........ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat.....semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buat setengah jam sehari..tak payah lama-lama.

Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks...tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak jadi....Buat kena ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dah terror ini semua satu cara yang Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..betui dak......Aku pun tengah try lagi ni...

Lagi satu untuk berkongsi sesama pembaca...

Kaunselor UTM, Dr. Syed Mohd Shafek pun ada cakap benda yang sama dan dia ada cakap tentang perkataan "jangan" kat anak-anak. Kalau kita banyak sangat guna perkataan "jangan" kat anak-anak.. itulah yang anak akan buat. So, lepas ni kena tukar perkataan jangan kepada perkataan lain, contohnya.. Tolong senyap, abang. Berbanding jangan bising, abang.

Dalam Islam sendiri pun menggalakkan kita bercakap-cakap/berdoa dengan anak-anak semasa mereka dalam proses hendak tidur sebab pada ketika itulah di antara waktu-waktu doa dimakbulkan..


sumber : email



Right Brain Functions:
  • Art awareness
  • Music awareness
  • Left-hand control
  • uses feeling
  • "big picture" oriented
  • imagination rules
  • symbols and images
  • present and future
  • philosophy and religion
  • can 'get it' (i.e meaning)
  • believes
  • appreciates
  • spatial perception
  • knows object function
  • fantasy based
  • presents possibilities
  • impetuous
  • risk taking

Left Brain Functions:
  • Number skills
  • reasoning
  • spoken languages
  • scientific skills
  • right hand control
  • uses logic
  • detail oriented
  • facts rule
  • words and languages
  • present and past
  • math and science
  • can comprehend
  • knowing
  • acknowledges
  • order/pattern perception
  • reality based
  • form strategies
  • practical



Read rest of entry

Wednesday, June 24, 2009

Tahukah Anda??


"Bila anak diberikan program semasa proses-proses ini sedang membina, apa sahaja yang ia dengar, lihat, sentuh, bau, rasa dan alami, hal itu akan diserap sebagai pembelajaran yang kekal.."

Sama juga seperti mewarnakan agar-agar. Warna dimasukkan semasa agar-agar itu masih panas dan cair lagi. Kesannya, warna menjadi kekal, sebati ke dalam struktur agar-agar itu.



Proses-proses yang dimaksudkan adalah proses perkembangan otak anak.

  • Sel otak terbina pada hari ke-16 kehamilan
  • Pada 3-4 bulan kehamilan, terbina 100 billion sel otak (dan mula melalui proses kematangan)
  • 25% kematangan otak tercapai pada waktu lahir
  • 50% tercapai pada usia bayi 6 bulan
  • 85% tercapai pada usia 3 tahun
  • 95% tercapai pada usia 6 tahun

* Rujukan : NURY
Read rest of entry

Friday, June 12, 2009

Siri Cepat Membaca "Bacalah Anakku"



Penulis: Nik Eliani Nik Nawi & Othman Ahamad
Harga: RM36.90

Mengandungi :

  1. 8 Buah Buku
  2. 1 Buku panduan
  3. 1 VCD
  4. 12 Keping Kad Imbas
Ciri2 :
  • Sistem Fonetik
  • Suku kata mudah
  • Bermakna dan berulang
  • Dua warna
  • Berima
  • Kurang Gambar
Read rest of entry

Ajar Anak Anda Membaca

Bagaimana Menggunakan Kaedah Fonetik

Bersama Othman Ahamad
Penulis Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku dan ReadEasy


Sudahkah anda bersedia untuk belajar membaca? Sebagaimana yang dijelaskan pada isu lepas, anak-anak yang diberi rangsangan yang sesuai akan bersedia untuk belajar membaca seawal usia 3 tahun. Bagaimanapun, apakah kaedah yang sesuai dengan anak-anak anda? Kaedah mengeja? Jangan. Kaedah suku kata? Tidak juga. Gunakanlah kaedah fonetik.

Mengapa? Kaedah fonetik adalah kaedah yang paling sesuai dengan kanak-kanak kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca. Kajian telah menunjukkan bahawa otak membaca dengan memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut atau membaca perkataan itu. Kaedah lain bukan sahaja tidak sesuai untuk kanak-kanak bahkan menyusahkan mereka, lambat, mengelirukan dan membebankan memori.


Ada beberapa perkara JANGAN yang perlu ibu bapa tahu supaya tidak menyusahkan anak-anak apabila mengajar membaca.

1. JANGAN ajar nama-nama huruf contohnya ‘ei’ untuk huruf ‘a’, ‘bi’ untuk huruf ‘b’ dan seterusnya kerana anak-anak yang tahu nama-nama huruf tidak semestinya dapat membaca. Bahkan mengajar mengenal nama huruf a, b, c adalah halangan pertama membaca.

2. JANGAN ajar anak mengeja-eja huruf pada perkataan-perkataan yang dilihat kerana mengeja melibatkan dua proses iaitu menyebut nama huruf dan membatang pola-pola ejaan.

3. JANGAN ajar anak mengenal bunyi huruf sambil mengenalkan nama huruf sekaligus, contohnya seperti menyebut ‘ei’ (huruf ‘a’) bunyinya ‘a’ kerana anak tidak perlu tahu nama huruf untuk membaca.

4. JANGAN ajar anak menghafal mana-mana suku kata atau perkataan apabila mula mengenal perkataan kerana kanak-kanak akan terbeban dengan ratusan pola-pola ejaan yang menyukarkan.

5. JANGAN ajar huruf-huruf besar dahulu kepada kanak-kanak kerana huruf besar tidak penting kepada kanak-kanak pada peringkat awal.


Jadi apakah yang BOLEH dalam mengajar anak membaca mengikut kaedah fonetik? Membaca mengikut kaedah fonetik melibatkan proses awal berikut; Memperkenalkan bunyi secara sistematik

1. anak-anak perlu tahu bunyi huruf – iaitu dapat menyebut bunyi dan ingat bunyi huruf yang diajarkan

2. anak-anak perlu kenal huruf – iaitu bentuk, rupa dan cara tulis huruf tersebut

3. anak-anak dapat mengaitkan huruf yang dilihat dengan bunyi yang berkaitan.

Kanak-kanak seawal usia 3 tahun dapat mengecam dan membezakan bunyi-bunyi dan bentuk-bentuk pada usia ini. Oleh itu dengan teknik yang betul anak-anak dapat mengenal bunyi dan mengaitkan bunyi tersebut dengan bentuk huruf yang ditunjukkan dengan cepat. Anak-anak dapat menyebut bunyi ‘aa’ apabila melihat huruf ‘a’ (nama huruf ‘ei’) dan bunyi ‘ii’ apabila melihat huruf ‘e’. Sehubungan itu, apabila anak-anak melihat huruf ‘ani’, dia akan menyebut bunyi ‘aa’ ‘nn’ ‘ii’ (iaitu bunyi ani) bukannya ‘ei’ ‘en’ ‘ai’ (bunyi enai).

Beberapa teknik mengajar bunyi boleh dilakukan oleh ibu bapa tetapi kaedah asosiasi adalah yang terbaik. Melalui kaedah asosiasi, bunyi ‘aa’ tersebut boleh dikaitkan dengan aksi terkena api. Sakitkan? Jadi buat aksi orang terkena api sambil menjerit ‘aaaaaaa panasnya!’ Melalui asosiasi ini anak dapat mengingat dan menyebut bunyi dengan lebih berkesan, cepat dan berkekalan. Ikutilah kursus-kursus Bacalah Anakku atau rujuk buku panduan siri cepat membaca Bacalah Anakku.

Sebaik-baiknya ibu bapa tidak perlu memperkenalkan semua bunyi sekaligus. Memadai hanya beberapa bunyi asas terlebih dahulu. Sila dapatkan siri cepat membaca Bacalah Anakku yang telah disusun secara sistematik dalam pemilihan bunyi-bunyi huruf yang sesuai terlebih dahulu. Dengan mengikut susunan siri ini, anak dapat menguasai bunyi dengan lebih teratur dan berkesan. Oleh sebab laras bahasa Melayu terbina daripada gabungan huruf konsonan dengan huruf vokal ‘a’ ‘i’ dan ‘u’ lebih kerap, wajarlah bunyi-bunyi ‘a i u’ diperkenalkan dahulu. Lebih-lebih lagi bunyi-bunyi ini lebih senang disebut oleh kanak-kanak. Seterusnya bunyi-bunyi konsonan lain diperkenalkan satu persatu , contohnya ‘b’ ‘n’ ‘m’ ‘s’ dan ‘k’.

Seterusnya, dengan berpandukan siri cepat membaca Bacalah Anakku, ajar anak-anak membaca gabungan huruf konsonan dan vokal yang diajarkan , contohnya ‘b’ dan ‘a’ ‘i’ dan ‘u’ untuk membaca ‘ba’ ‘bi’ dan ‘bu’. Melalui kaedah fonetik, anak-anak tidak akan mengeja ‘ba’ menjadi “ba” ; tidak juga menghafal suku kata ‘ba’; tetapi mereka membaca dengan menggabung-gabungkan bunyi ‘beh’ (bagi huruf ‘b’) dan ‘aa’ (bagi huruf ‘a’).


Read rest of entry

Teknik Didik Anak Membaca

Bersama Othman Ahamad
Penulis Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku dan ReadEasy


Bolehkah anak berusia 15 bulan membaca? Apa pandangan anda? Mustahil bukan? Tetapi pada usia inilah anak anda perlu dilatih untuk mula mempunyai minat untuk membaca supaya pada usia 3 tahun nanti mereka bersedia untuk membaca.

Pada mulanya anak-anak kecil ini lebih berminat dengan warna buku, pergerakan kertas yang diselak, bunyi bising kertas dan suara lucu anda. Bagaimanapun, sambil anda bercakap dan membaca, mereka akan melihat pergerakan jari telunjuk anda dan mula melihat warna, bentuk dan corak gambar dan teks yang dibacakan.


Sedikit demi sedikit bentuk dan corak tersebut menjadi lebih jelas dan biasa dengan mereka. Seterusnya mereka akan mengaitkan bentuk-bentuk tertentu dengan bunyi-bunyi tertentu. Biasanya mereka akan membalik-balikkan muka surat yang dibaca, menunjuk-nunjuk benda yang telah biasa dilihat dan kadang kala mendengar apa yang diceritakan dan mengikut bersama bercerita dengan bahasanya sendiri. Melalui bukulah, kanak-kanak dapat membina bahasa, belajar mendengar, memahami dan bercakap dan menggalakkan komunikasi. Buku juga bukan sahaja dapat meluaskan imaginasi dan pengalaman mereka tetapi juga membantu mereka memahami situasi dan cara orang disekelilingnya berinteraksi.

Oleh itu ibu bapa bukan sahaja perlu bijak memilih buku yang sesuai tetapi juga pandai menggunakan buku untuk merangsang minat membaca kepada anak-anak kecil.

Pada awalnya, pilihlah buku yang mempunyai ilustrasi binatang seperti kucing, ikan, ayam dan sebagainya, objek yang dekat dengannya seperti baju, kasut, sikat, dan sebagainya yang jelas, besar dan berwarna warni.Bercakaplah mengenai benda-benda di dalam buku tersebut seperti warna, bentuk, bunyi berkaitan dan kegunaannya. Namakan benda atau objek yang dilihat dengan sebutan yang jelas. Buku-buku yang interaktif dalam konteks ada bahagian gambar yang boleh ditarik, ditekan, diselak sangat menarik minat kanak-kanak supaya terlibat secara langsung dalam sesi membaca. Rangsang minat anak anda dengan menggalakkan mereka menarik, menekan, mencungkil dan menyentuh bahagian-bahagian tersebut. Jangan terlalu sayangkan buku sehingga mereka tidak dapat menyentuhnya. Aktiviti-aktiviti sebeginilah yang akan menjadikan mereka lebih berminat dengan buku dan merangsang otak mereka.

Seterusnya dapatkan buku-buku nursery rhymes dengan kisah-kisah lama yang menarik dan penuh dengan hiburan dan pengajaran. Lagu-lagu yang dikaitkan dalam cerita-cerita ini dapat menarik minat mereka kepada buku dan seterusnya kepada cerita-cerita yang berlagu ini.Beberapa cadangan berikut mungkin dapat membantu anda menarik minat mereka kepada buku.

1. Adakan sesi membaca bersama-sama. Bacakan buku sambil mendakap mereka.
2. Bercerita dengan penuh emosi dan minat. Bunyikan bunyi binatang yang dilihat dengan
bersungguh-sungguh dan 'real'.
3. Libatkan aksi dan pergerakan , contohnya menggerakkan tangan seperti belalai gajah apabila
bercerita.
4. Tanyakan soalan-soalan seperti berikut:
  • eh besarnya bola ini. Ani suka bola
  • Yang mana satu sudu yang Amir suka?
  • Apa yang warna biru tu?
  • Apa jadi selepas ini?
5. Bercerita dengan bahasa yang mudah. Contohnya: " Ini kucing. Bunyi kucing 'meow' 'meow'
'meow'. Kucing suka makan ikan"
6. Untuk sesi membaca atau bercerita bersama, lakukan beberapa cadangan berikut:

  • minta anak anda mencari muka surat pertama atau permulaan cerita.
  • sambil membaca, tunjukkan teks perkataan yang dibacakan. Ini akan membantu anak itu memahami arah pergerakan apabila membaca dan memahami secara tidak langsung bahawa teks perkataan penting dalam cerita yang dibacakan, bukan hanya gambar-gambar.
  • minta anak anda membalikkan muka surat untuk anda.
  • tokok tambahkan cerita yang dibacakan dengan maklumat lain supaya mereka lebih faham.
  • tanyakan kepada mereka apa yang terjadi selepas ini.
  • apabila mereka telah biasa dengan cerita yang dibacakan, minta mereka ceritakan kembali cerita tersebut.

Apabila kanak-kanak sudah mula jinak dengan buku-buku cerita atau buku gambar, anak anda mungkin telah bersedia untuk diperkenalkan bunyi-bunyi huruf kepada anak anda. Oleh itu sambil anda membacakan cerita tersebut, terangkan bunyi huruf yang biasa dilihat yang ada pada teks yang dibacakan. Contohnya 'a', anda boleh menyebut:
"Ah, cuba lihat ini. Ini bunyinya 'aaa' (untuk huruf 'a')"
"Yang ini pula 'beh' (untuk huruf 'b')"

Pastikan anda tidak memperkenalkan huruf yang dilihat itu dengan namanya, iaitu 'ei' bagi huruf 'a', atau 'bi' bagi huruf 'b'. Kanak-kanak hanya perlu diperkenalkan dengan bunyi huruf sahaja iaitu 'aa' (untuk 'a') dan 'beh' (untuk 'b') kerana nama-nama huruf tidak ada makna bagi seorang kanak-kanak kecil. Bahkan mengajar nama-nama huruf, bagi seorang penulis buku, Professor Robert K. Logan dalam bukunya, The Alphabet Effect, mengatakan 'teaching a,b,c is the first road block to reading.'

Read rest of entry

Mengajar Anak Membaca Awal

Kepentingan membaca awal

Bersama Othman Ahamad
Penulis Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku dan ReadEasy


“Budak 4 tahun boleh membaca? Hairan. Macamana pulak tu?” Itulah yang ibu saya katakan apabila membaca akhbar pada tahun 70-an dahulu yang telah menceritakan bagaimana seorang kanak-kanak lelaki telah dapat membaca surat khabar pada usia 4 tahun. Heboh juga satu negara dibuatnya sambil berbangga dengan pencapaiannya. Saya masih teringat lagi pada masa itu saya baru bersekolah dan baru pandai sikit-sikit mengeja apabila membaca. Dapat membaca awal pada usia yang muda pada masa itu masih ‘taboo’ dalam masyarakat kita. Sehingga 30 tahun kemudiannya, keinginan untuk melihat anak-anak dapat membaca sebelum bersekolah rendah masih tersangat kurang. Takut nanti bila bersekolah tak nak belajarlah, boringlah, sebab dah pandai dan macam-macam alasan lain.


Tetapi hari ini, membaca merupakan antara kemahiran asas yang paling penting yang harus dikuasai oleh anak-anak pada usia muda. Jelas pada hari ini, perkembangan dalam dunia pendidikan dan ilmu sangat berbeza. Kalau 30 tahun dulu kanak-kanak pada usia 5 dan 6 tahun masih leka dengan permainan anak patung dan aktiviti mengailnya, hari ini tidak lagi begitu. Kalau dulu ibu bapa berpuashati anak dapat membaca apabila telah memasuki darjah 2 dan 3, kini tidak lagi mampu senyum sendiri. Segalanya berubah sekarang. Cabaran dan perkembangan dunia ilmu sekarang semakin mencabar dan ‘demanding’. Oleh itu ibu bapa harus sedar bahawa menyediakan anak-anak dengan kemahiran yang asas yang sesuai untuk menghadapi zaman mereka sangat penting. Dan salah satu kemahiran asas tersebut ialah membaca.

‘Literasi bukanlah satu anugerah, tetapi ia adalah hak setiap kanak-kanak’. Begitulah bunyi ungkapan yang sering disebut di mana-mana kursus membaca. Membaca dan menulis bukanlah lahir bersama lahirnya anak-anak adam ini. Tidak ada bayi yang baru lahir dapat membaca apatahlagi menulis. Tetapi ia merupakan satu hak yang harus ditunaikan oleh ibu bapanya. Lihat sajalah apa jadi kepada remaja yang tidak dapat membaca dan menulis pada hari ini. Walaupun tidak semuanya, tetapi antara salah satu punca kegagalan dan keruntuhan akhlak mereka berpunca daripada kegagalan membaca dan menulis. Oleh itu ibu bapanya orang pertama yang harus dipersalahkan. Apa tidaknya. Ada seorang ibu baru menyedari anaknya yang berusia 14 tahun tidak dapat membaca! Selepas 8 tahun bersekolah, hari ini baru menyedarinya. Jadi apakah ini salah dirinya atau kurang prihatinnya seorang ibu atau bapa kepada anaknya? Sebagai memenuhi tanggungjawab ini wajarlah ibu bapa hari ini mengajar anak-anaknya membaca pada usia awal lagi.

Bagaimana caranya?

1. Tanam minat membaca sejak lahir lagi melalui:

1.1. Penggunaan bahasa yang baik

Anak-anak yang baru lahir memang lumrahnya mula melihat sekelilingnya dengan penuh minat.

Antara perkara utama yang dipelajarinya ialah bahasa dan ucapan orang-orang di sekelilingnya. Oleh itu ibu bapa haruslah bercakap dengan anak-anak mereka! Dalam satu kajian yang dibuat di Kuala Lumpur beberapa tahun yang lalu, ibu bapa di KL hanya bercakap dengan anak-anak mereka selama 7 minit seminggu! Bayangkan. Oleh sebab itulah kanak-kanak yang lambat dapat bercakap berpunca, di antaranya, daripada kurangnya komunikasi di antara ibu bapa dengan mereka pada usia kecil. Kesannya, anak-anak ini akan belajar berbahasa dengan bahasa rakan mereka atau bahasa yang dipertontonkan melalui program-program TV yang berupa karton dan sebagainya. Bahasa rojak ini tidak membantu membina kemahiran berbahasa mereka dan akan menyebabkan mereka kurang keyakinan apabila berbahasa atau apabila belajar membaca nanti. Oleh itu bercakaplah dengan anak-anak menggunakan bahasa yang baik, jelas dan santun.

1.2. Bercerita

Kanak-kanak sangat sukakan cerita. Mendengar cerita adalah antara aktiviti di rumah yang dapat menanam minat kepada buku. Saya masih teringat bagaimana seorang nenek membacakan sebuah buku cerita kepada cucunya yang baru berusia 6 bulan di atas keretapi bawah tanah di Toronto. Walaupun anak kecil itu masih belum dapat duduk dengan baik, dia sudah dibacakan buku cerita. Kanak-kanak seawal usia 12 tahun, apabila mereka mula memahami bahasa dan dapat bercakap, mula meminati aktiviti bercerita. Melalui aktiviti bercerita secara lisan, sebelum tidur terutamanya, sehingga membaca buku-buku cerita bergambar, minat membaca anak-anak dapat dipupuk. Mulalah dengan bercerita menggunakan buku-buku cerita yang cantik dan menarik lukisannya. Sambil bercerita, pastikan jari kita menunjuk kepada tulisan yang dibaca walaupun mata anak kita hanya melekat pada gambar-gambar di buku. Satu hari nanti dia akan sedar bahawa tulisan pada buku cerita itu sangat penting dalam menceritakan gambar yang dilihatnya. Melalui bercerita jugalah minat untuk membaca dapat dipupuk. Oleh itu tidak hairanlah kanak-kanak yang dirangsang dengan baik mempunyai minat untuk belajar membaca seawal usia 3 tahun lagi.

2. Memberi rangsangan yang sesuai

2.1. Bermain permainan yang mendidik

Ibu bapa yang penyayang sering membelikan bermacam-macam permainan kepada anak-anak mereka. Bagaimanapun, tidak ramai yang membelikan anak-anak mereka permainan-permainan yang sesuai dan membina kematangan berfikir dan psikomotor mereka. Biasanya , pistol dan senapang sahaja yang dibelikan kepada anak lelakinya ataupun anak patung sahaja yang dihadiahkan kepada anak perempuannya. Jarang sekali ibu bapa yang prihatin membeli permainan yang merangsang minda atau permainan yang melatih koordinasi mata dan tangannya. Sebenarnya permainan seperti Lasy, lego, atau permainan membina blok sangat penting untuk melatih koordinasi mata tangan dan melatih memberi tumpuan. Bahkan bermain sambut bola atau menangkap bola yang sedang bergerak juga amat berguna. Dua kemahiran ini, koordinasi mata-tangan dan memberi tumpuan, sangat berguna apabila anak kecil anda belajar membaca nanti.

2.2. Mewujudkan budaya membaca di rumah

Budaya yang baik di rumah sebenarnya dapat merangsang minat membaca. Pastikan setiap ahli keluarga mempunyai masa untuk membaca bersama, selain membaca al-Quran, supaya anak kecil anda dapat menghayati suasana tersebut. Ada sesetengah keluarga mewujudkan perpustakaan mini di rumah di mana-mana sudut tertentu. Selain membaca surat khabar , majalah dan buku-buku, ibu bapa haruslah bercerita dan berbual mengenai apa yang dibaca atau dilihatnya. Ini akan menarik minat anak-anak untuk mengetahui apa yang berlaku dan secara tidak langsung menimbulkan perasaan ingin membaca apa yang ditulis mengenai gambar atau tajuk berita.






Read rest of entry

Tuesday, June 9, 2009

Tanggungjawab Ibubapa

"Kewajipan orang tua terhadap anaknya ialah memberikan nama yang baik, memperelokkan akhlaknya, mengajarkan kepadanya membaca dan menulis, mengajar ilmu berenang...." (Riwayat Al-Halim)
Read rest of entry
Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama...

Saya mula berminat mendalami proses perkembangan intelek anak, sejak kandungan pertama pada 2006. Dengan membaca buku2 keluaran NURY, memahami cara pengajaran Glenn Doman dan menggunakan kaedah fonik Bacalah Anakku dalam pengajaran dan pendekatan mendidik anak..


-Nurul Huda Nordin-


Blog Widget by LinkWithin

networkedblogs

 

Recommended Product

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

My Blog List

Pendidikan Awal Kanak-Kanak Copyright © 2009 Shopping Bag is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal